HALAMAN SANTAI

Sabtu, 26 Mei 2018

BR1M akan diberi sebelum hari Raya Aidilfitri

 
Maklumat lanjut mengenai agihan BR1M akan diumumkan minggu depan. 


Gambar Bernama


PETALING JAYA: Agihan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dibayar kepada penerimanya pada bulan depan sebelum hari raya Aidilfitri, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Beliau berkata di Twitter maklumat lanjut mengenai agihan BR1M akan diumumkan pada minggu depan dan namanya juga akan ditukar.

Sebelum ini Perdana Menteri berkata, kerajaan akan mengkaji pemberian BR1M untuk memastikan hanya penerima yang layak sahaja mendapatnya.



Bagaimanapun, BR1M terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) yang akan mengekalkan bantuan itu untuk golongan B40.

Setakat 31 Mac lalu, Kementerian Kewangan meluluskan sebanyak 7,084,726 permohonan BR1M 2018.

Bantuan ini membabitkan peruntukan sebanyak RM6.12 bilion.

Jika mengikut jadual asal, bayaran BR1M sepatutnya diagihkan pada bulan depan dan Ogos.

Tiada ulasan: