HALAMAN SANTAI

Khamis, 31 Mei 2018

PMB BAKAL PANTAU MANIFESTO PH – LOKMAN ADAM




Satu pembentukan sebuah badan bukan kerajaan, Pemantau Malaysia Baharu (PMB) di bawah kepimpinan Ahli Biro Penerangan UMNO, Datuk Lokman Noor Adam telah dilancarkan dengan kehadiran kira-kira 200 ahli baharu.

PMB yang akan menghimpunkan rakyat di setiap negeri adalah betujuan memantau perjalanan pentadbiran negara di bawah pimpinan Pakatan Harapan (PH).

Lokman yang juga Presiden PMB itu akan memantau pentadbiran kerajaan PH ketika ini yang telah membuat pelbagai janji dalam manifesto dimana pihaknya mahu memastikan ia dilunaskan kepada rakyat.

“Seperti janji mereka mereka nak hapuskan tol. Nak selesaikan isu tol ini kerajaan terpaksa membayar pampasan kira-kira RM53 bilion.

“Kerajaan yang ada pada hari ini kita lihat dalam keadaan kucar-kacir. Saya yakin kerajaan yang ada sekarang akan melakukan kesilapan demi kesilapan DAP apabila mereka silap, kita akan menentang habis-habisan,” katanya ketika berucap dalam majlis pelancaran PMB di Bandar Puncak Alam pada Selasa malam.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Timbalan Pengerusi PMB, Datuk Azwanddin Hamzah.

Lokman turut menyatakan PH telah menguasai kerajaann kini bnerlandaskan fitnah pentadbiran negara di bawah Barisan Nasional (BN) yang kononnya menyebabkan masalah besar kepada ekonomi negara.

Hakikatnya Gabebor Bank Negara, Tan Sri Muhammad Ibrahim selepas empat hari Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dilapor menegaskan keadaan ekonomi negara dalam keadaan baik.

Manakala ahli Majlis Penasihat Ekonomi Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz turut mengesahkan rizab negara berjumlah RM438 bilion dan tertinggi dalam sejarah manakala lebihan akaun semasa berjumlah RM15 bilion.

“Kita nak tanya apakah dalam tempoh 29 hari PH mentabir mereka boleh mencapai prestasi itu. Angka itu adalah hasil daripada pentadbiran negara dibawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini,” ujarnya.


Tiada ulasan: