HALAMAN SANTAI

Selasa, 29 Mei 2018

Jamal: Saya akan beri keterangan esok

MALAYSIAKINI

   
Selepas menghilangkan diri pada 25 Mac lalu, Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Yunos berkata beliau akan hadir ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Ampang Jaya esok.

Dalam satu rakaman audio kepada media hari ini, beliau berkata akan ke IPD Ampang Jaya untuk memberi keterangan pada kira-kira jam dua petang esok.

"Kononnya saya lari daripada reman dan tahanan polis. Ini tak berlaku, tetapi cuma sedikit salah faham.

"Jadi untuk selesaikan kemelut ini, saya akan hadir memberi keterangan esok," katanya.

Terdahulu, ketua Gerakan Baju Merah itu didakwa bawah Seksyen 290 Kanun Keseksaan ekoran mengetuai bantahan penganjuran ‘Better Beer Festival 2017’ (BBF17) di hadapan pejabat pentadbiran kerajaan negeri Selangor pada 5 Oktober lalu.

Jamal juga disiasat mengikut Seksyen 34, Akta Senjata Api 1960 atas dakwaan mempamerkan senjata api di khalayak ramai.

Pada 25 Mei lalu, beliau menghilangkan diri dari Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri - tempatnya menjalani rawatan - dan muncul semula dua hari kemudian.

Dalam rakaman yang dihantar kepada pemberita, beliau menjelaskan tindakannya itu kerana menganggap tempoh tahanannya telah tamat dan hanya ke Tabung Haji untuk mengeluarkan wang bagi perbelanjaan ikat jamin dan kos berkaitan kesnya.

Semalam, Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor dilaporkan menggesa Jamal untuk menyerahkan diri bagi "selesaikan urusan yang tergendala"

Tiada ulasan: