HALAMAN SANTAI

Ahad, 27 Mei 2018

Pas tidak kesah kalah di pusat sebab hutang banyak, kata Nik Amar




Serupa kita kalah 1978 dahulu. 12 tahun orang perintah, orang lain buat pembangunan, buat pejabat dan sebagainya, siap semua sekali, bagi kepada kita, kata Mohamad Amar.

Pas tidak kesah tidak boleh menang di peringkat pusat dalam pilihan raya umum ke 14 lalu kerana hutang terlalu banyak.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah berkata, Pas akan mengambil alih kerajaan pusat dalam pilihan raya umum akan datang.

“Ambo (saya) pun suka tidak boleh perintah Malaysia lagi. Sebab hutang banyak, nak bayar macam mana.

“Jadi Tuhan bagi orang lain ambil dulu, selesaikan hutang Malaysia. Lima tahun lagi kita ambil Malaysia,” kata beliau dalam satu ucapannya di Kota Bharu.

Menurutnya, apabila parti lain menang di Malaysia, mereka akan selesaikan segala masalah yang ada, termasuk isu 1MDB.

“Selepas selesai semuanya, kawe (kita) pula akan ambil lima tahun lagi. Kita pula duduk di sana,” kata beliau.

Menurut Timbalan Menteri Besar Kelantan itu, perkara sama berlaku apabila Pas kalah di Kelantan pada tahun 1978 dulu.

“Serupa kita kalah 1978 dahulu. 12 tahun orang perintah, orang lain buat pembangunan, buat pejabat dan sebagainya, siap semua sekali, bagi kepada kita.

“Jadi tidak leloh (letih) kita. Kita boleh perkara yang dah siap,” kata Nik Amar.

Sebelum pilihan raya ke 14, Mohamad Amar berkata, Pas sengaja tidak bangunkan Kelantan kerana takut rakyatnya tidak sedia untuk menghadapi pembangunan itu.

Tiada ulasan: