HALAMAN SANTAI

Khamis, 31 Mei 2018

Rakyat Singapura boleh contohi Malaysia, guling PAP, kata Dr Mahathir

THE MALAYSIAN INSIGHT

Rakyat Singapura boleh contohi Malaysia, guling PAP, kata Dr Mahathir
Saya fikir rakyat Singapura, seperti juga rakyat Malaysia, tentu sudah bosan dengan kerajaan yang sama sejak merdeka, kata Dr Mahathir. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari,
 
DR Mahathir Mohamad yang selalu sinis terhadap Singapura berkata rakyat republik itu boleh jadikan rakyat Malaysia sebagai inspirasi apabila memilih untuk menggulingkan Barisan Nasional (BN) pada 9 mei buat pertama kalinya dalam sejarah 60 tahun negara.

Sejak merdeka pada 1959, Singapura telah diperintah oleh satu parti iaitu Parti Tindakan Rakyat (PAP).

"Saya fikir rakyat Singapura, seperti juga rakyat Malaysia, tentu sudah bosan dengan kerajaan yang sama sejak merdeka," kata Dr Mahathir dalam satu temu bual bersama Financial Times.

Sebelum dilantik semula sebagai Perdana Menteri, Dr Mahathir telah memegang jawatan sama dari 1989 hingga 2003.

Hubungan antara Malaysia dan republik itu boleh dikatakan tidak begitu baik semasa beliau mula menjadi perdana menteri.

Tiada ulasan: