HALAMAN SANTAI

Selasa, 29 Mei 2018

Wanita Malaysia pertama ke akademi tentera laut AS

MALAYSIAKINI

   

Janushaa Bala Khrishnan Muthiah menjadi wanita Malaysia pertama dipilih untuk menyertai akademi tentera berprestij United States Naval Academy (USNA).

"Kedutaan Amerika Syarikat (AS) dan Sekolah Kebangsaan Clifford akan memberi penghargaan kepada Janushaa, alumni SK Clifford, yang telah diterima untuk menyambung pelajaran di USNA di Annapolis, Maryland.

"Janushaa telah dipilih selepas proses pemilihan yang ketat untuk mewakili Malaysia di USNA.

"Untuk empat tahun seterusnya beliau akan belajar untuk menjadi pegawai tentera profesional bersama-sama kadet dari seluruh dunia," kata Kedutaan AS dalam kenyataan yang dikeluarkan 15 Mei lalu.

Majlis penghargaan terhadap Janushaa dibuat pada 16 Mei lalu di Kuala Lipis, Pahang, iaitu kampung halamannya. Ia turut dihadiri duta AS dan wakil daripada Kementerian Pertahanan.

Di majlis itu, Janushaa turut diberikan surat penerimaan rasmi akademi itu.

Kedutaan AS berkata Janushaa bercita-cita untuk menjadi juru terbang jet pejuang seperti idolanya,
Mejar Patricia Yapp, yang merupakan wanita Asia pertama menjadi juru terbang jet pejuang MiG-29.

Janushaa merancang untuk belajar kejuruteraan aeroangkasa di Usna, kata kedutaan AS lagi.

Tiada ulasan: