HALAMAN SANTAI

Khamis, 31 Mei 2018

Najib terus terima pelawat di kediamannya

THE MALAYSIAN INSIGHT

Najib terus terima pelawat di kediamannya
Dua wanita, seorang daripadanya adalah Noraini Abdullah yang merupakan isteri kepada bekas menteri pelajaran Mahdzir Khalid, dilihat melaporkan diri di pondok polis yang ditempatkan di tepi jalan menuju ke rumah Najib sebelum memasuki kediaman berkenaan. – Gambar fail The Malaysian Insight
 
BEKAS perdana menteri Najib Razak terus menerima pelawat di kediaman peribadinya di Jalan Langgak Duta ketika khabar angin mengatakan beliau mungkin didakwa minggu ini.

Sebuah kenderaan bercermin gelap dengan nombor pendaftaran kenderaan negeri Kedah bersama dua kereta pengiring tiba di kediaman peribadi Najib pada jam 11.09 pagi.

Dua wanita, seorang daripadanya adalah Noraini Abdullah yang merupakan isteri kepada bekas menteri pelajaran Mahdzir Khalid, dilihat melaporkan diri di pondok polis yang ditempatkan di tepi jalan menuju ke rumah Najib sebelum memasuki kediaman berkenaan.

Polis menyerbu rumah Najib pada 16 Mei serta beberapa premis lain berkaitan Najib dan bekas pejabatnya di Putrajaya malah unit kondominium berkaitan ahli keluarganya di Pavilion Residences.

Najib turut disiasat mengikut  Akta Pencegahan Pengubahan. Wang Haram, Pencegahan. Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001

Beliau dan isterinya Rosmah Mansor dilarang daripada meninggalkan Malaysia namun menerima kunjungan pelawat, terutama daripada beberapa pemimpin Umni dan penyokongnya di rumahnya.

Antara pemimpin yang hadir ke rumah Najib setakat ini ialah veteran Umno Mohd Ali Rustam, bekas menteri pendidikan Mahdzir Khalid, Ketua Pemuda Umno Pahang Shahar Abdullah, Ahli Parlimen Baling Abdul Azeez Abdul Rahim, dan bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri Mustapa Mohamed.

Tiada ulasan: