HALAMAN SANTAI

Selasa, 29 Mei 2018

Tak perlu jawab soalan mengenai 1MDB sekarang – Najib

THE MALAYSIAN TIES
 
Dalam kenyataan dua perenggan hari ini, bekas perdana menteri itu berkata dalam konteks yang terhad ini, beliau tidak nampak apa-apa faedah untuk melibatkan diri dalam wacana umum dengan Lim mengenai isu tersebut.

“Saya akan, apabila dan jika perlu, membincangkan itu itu pada forum yang berkenaan,” kata beliau merujuk kepada kenyataan Lim yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan semalam.

Dalam kenyataan itu, Lim berkata Najib selaku bekas Menteri Kewangan harus bertanggungjawab dan memikul tanggungjawab terhadap  skandal rasuah 1MDB.

Beliau juga membangkitkan banyak soalan mengenai pelaburan bernlai US$8.33 bilion (US$1 = RM3.98) yang dibuat oleh 1MDB antara 2009 dan 2013 dan juga meminta bekas perdana menteri itu menjelaskan berhubung beberapa transaksi yang telah dibuat.

Tiada ulasan: