HALAMAN SANTAI

Selasa, 29 Mei 2018

Gara-gara main mercun, jari remaja hampir hancur

THE MALAYSIAN INSIGHT
Gara-gara main mercun, jari remaja hampir hancur
Muhammad Ridwan Abdul Rashid,16, orang kurang upaya (OKU) kategori pelajar Kelas Khas Pembelajaran menjadi mangsa pertama mercun di negeri ini pada bulan Ramadan ini. – Gambar AFP
 
AKIBAT ingin mencuba mercun yang dihasilkan sendiri, empat jari seorang pelajar hampir hancur apabila mercun meletup secara tiba-tiba di tangannya semalam ketika dicucurkan api.

Muhammad Ridwan Abdul Rashid,16, orang kurang upaya (OKU) kategori pelajar Kelas Khas Pembelajaran menjadi mangsa pertama mercun di negeri ini pada bulan Ramadan ini.

Dia dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan setelah mendapatkan rawatan awal di Hospital Daerah Besut kira-kira jam 9.15 malam tadi.

Menurut abang mangsa, Azlan Shah, 34, kejadian itu berlaku di Kampung Taman Tasik, Kuala Besut kira-kira 8.45 malam.

Ketika ditemui di rumahnya di Besut petang ini, Azlan berkata adiknya bersama 10 rakannya telah memasukkan serbuk belerang mercun bola ke dalam sebiji botol kaca tetapi meletup apabila mencucurkan api padanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden  Mohd Zamri Mohd Rowi ketika dihubungi pemberita berkata pihaknya masih belum menerima laporan mengenai kejadian itu.  

Beliau bagaimanapun menasihatkan ibu bapa supaya mengawasi anak-anak daripada membeli, bermain atau mereka cipta bahan letupan termasuk meriam buluh kerana ia menyalahi undang-undang di bawah Seksyen 74 Peraturan-Peraturan Bahan Letupan 1957. – Bernama,

Tiada ulasan: