HALAMAN SANTAI

Selasa, 29 Mei 2018

Menang RM24,000 rakam detik indah di Putrajaya

OLEH NADIAH ZAMLUS




PUTRAJAYA: Hanya dengan merakam detik-detik indah di Putrajaya, orang ramai layak memenangi hadiah keseluruhan berjumlah RM24,000.

Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Datuk Seri Hasim Ismail berkata, acara yang dinamakan Pertandingan Fotografi Pelancongan Putrajaya 2018 itu pastinya dinanti orang ramai termasuk jurugambar.

Katanya, terdapat kategori video pendek yang membolehkan peserta merakam suasana Putrajaya yang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti terutamanya pelancongan.

“Kami membenarkan rakaman video pendek ini menggunakan telefon bimbit, namun terdapat lokasi tertentu boleh dirakamkan untuk mengikut tema disediakan, ia termasuk taman awam, tasik dan juga kawasan berpaya yang memperlihatkan keindahan flora dan fauna,” katanya dalam kenyataan.

Hadiah utama bagi setiap kategori ialah RM4,000 dan jumlah keseluruhan wang tunai disediakan ialah RM24,000.

Untuk syarat dan terma pertandingan, orang ramai boleh mendapatkannya dengan melayari laman web http://putrajayatourismphotocontest.com atau hubungi 03-8887 7736 atau 03-8887 7448

Tiada ulasan: