HALAMAN SANTAI

Selasa, 29 Mei 2018

Pemimpin Amanah dilarang masuk semua pejabat kerajaan Kelantan

 
Pekeliling berkata tindakan akan diambil terhadap pengawai kerajaan yang melanggar arahan terhadap Husam dan Wan Abdul Rahim.


Arahan larangan terhadap Husam dan Wan Abdul Rahim diumumkan dalam pekeliling 27 Mei kepada jabatan negeri dan PBT.


KOTA BARU: Naib Presiden Amanah, Husam Musa dan Ketua Amanah Kelantan, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dilarang memasuki semua pejabat kerajaan Kelantan dan 6 istana di negeri itu, lapor The Star Online hari ini.

Laporan itu berkata arahan larangan itu diumumkan dalam satu pekeliling setiausaha kerajaan negeri 27 Mei kepada semua jabatan negeri dan pihak berkuasa tempatan.

Pekeliling itu menyatakan Husam dan Wan Abdul Rahim dilarang memasuki kompleks pejabat kerajaan di Kota Darul Naim dan semua pejabat kerajaan negeri.

Mereka juga dilarang memasuki Istana Balai Besar, Istana Negeri, Istana Telipot, Istana Kota Lama, Istana Tumpat dan Istana Persinggahan Gua Musang tanpa kebenaran.

“Mana-mana pegawai kerajaan berkenaan yang ingkar arahan ini boleh dikenakan tindakan,” kata pekililing yang ditandatangani Setiausaha Kerajaan Negeri, Nazran Muhamad.

Menuju pilihan raya umum ke-14, Istana Kelantan melucutkan gelaran Datuk daripada Husam dan Wan Abdul Rahim.



Tiada ulasan: