HALAMAN SANTAI

Khamis, 31 Mei 2018

RM40 JUTA UNTUK PIALA DUNIA KETIKA HUTANG NEGARA TINGGI




Ketika hutang negara dikatakan mencecah RM1 trilion dan rakyat diminta membantu menyumbang bagi melangsaikan hutang negara, namun kerajaan Pakatan Harapan (PH) masih sedia membelanjakan sebanyak RM40 juta untuk RTM menyiarkan 41 daripada 64 perlawanan Piala Dunia 2018.

Ironinya, kerajaan sanggup membelanja sejumlah yang besar ketika kantung negara dikatakan semakin kering.

Malah, kerajaan PH juga turut menamatkan kontrak puluhan ribu kakitangan awam termasuk guru agama atas alasa lantikan politik dan bagi mengurangkan bebanan kantung kerajaan.

Malah daripada anggaran itu juga, RTM akan menyiarkan 27 perlawanan secara langsung manakala 14 perlawanan lain disiar melalui siaran tertangguh.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata kabinet memperuntukkan RM40 juta untuk membeli hak penyiaran berkenaan.

Gobind berkata butiran mengenai bagaimana peruntukan berkenaan dibelanjakan akan dijelaskan semasa taklimat khas mengenai kewangan negara esok.

“Secara keseluruhan, saya boleh katakan sekarang angka yang kabinet bahas sebelum ini ialah RM40 juta.

“Sudah tentu akan ada penaja dan sebagainya dan mereka akan menyerap sebahagian besar daripadanya,” katanya selepas mempengerusikan pertemuan dengan pegawai kementeriannya petang Rabu di Putrajaya.

Bagaimanapun, Gobind menjangkakan kosnya kurang daripada RM40 juta.


Tiada ulasan: