HALAMAN SANTAI

Isnin, 28 Mei 2018

Shahidan: Murka? Bagaimana pula rakyat yang marah

MALAYSIAKINI

   

Pengerusi BN Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim berkata beliau tidak faham perkataan “derhaka” dan “murka” yang dikaitkan dengan dirinya.

“Apa makna derhaka? Apa makna murka? Saya tak faham sebab tiada dalam undang-undang. Bagaimana pula dengan rakyat yang marah?

“Kita jangan mengindahkan bahasa untuk menakutkan rakyat. Kenapa menakutkan rakyat dengan perkataan yang kita tidak faham,” katanya.

Dalam tulisan di Facebook, Shahidan berkata beliau tidak derhaka dan tidak mengganggu orang lain.

Beliau membayangkan tindakan tidak boleh diambil padanya, sama seperti kes kritikan oran ramai terhadap Tunku Mahkota Johor sebelum ini.

“Kalau sekiranya pihak berkuasa ingin mengambil tindakan apa yang berlaku sekarang, bolehkah mereka menangkap beratus ribu orang yang mengkritik TMJ kerana menghina TMJ?” soalnya.

Shahidan berkata beliau telah berjanji kepada orang Perlis untuk memperjuangkan hak demokrasi yang parti yang memenangi pilihan raya mestilah boleh memerintah.

“Doakan saya supaya sembuh kembali untuk memperjuangkan hak amanah orang Perlis supaya masalah seperti ini tidak berulang.

“Haruslah di ingat masa depan Perlis dan rakyat Malaysia adalah bergantung kepada apa yang diperjuangkan sekarang.

“Tidak bermakna pilihan raya jika parti yang menang tidak dapat mencadangkan menteri besar mereka. Saya memohon maaf kepada semua pihak,” katanya.


Tiada ulasan: