HALAMAN SANTAI

Rabu, 30 Mei 2018

Dr M umum bonus Raya hari ini?

THE MALAYSIAN TIMES
 


KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata pemberian bonus Aidilfitri bagi kira-kira 1.6 juta penjawat awam di negara ini akan diumumkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

“Itu (bonus raya penjawat awam) mungkin diumumkan oleh PM esok (Rabu)…lebih baik tunggu keputusan esok,” katanya kepada pemberita semasa ditemui di Tokong Buddha Maha Vihara di Brickfields di sini, semalam.

Dr Mahathir dijadual mempengerusikan mesyuarat Kabinet hari ini.

Pada Isnin, Dr Mahathir berkata kerajaan akan memberikan bonus kepada penjawat awam sempena sambutan Aidilfitri tetapi belum menetapkan bayarannya.

Sambutan Hari Wesak di tokong itu disertai lebih 5,000 penganut Buddha.

Tiada ulasan: