Bersih menyatakan
kekecewaannya terhadap tindakan calon PH dan BN menolak debat calon
yang dicadangkan gabungan badan proreformasi pilihan raya
itu.
“Debat bukan
sahaja budaya positif yang kita mahu lihat di Malaysia, tetapi juga
prasyarat untuk setiap wakil yang terpilih, kerana mereka perlu
berdebat pelbagai isu di Dewan Undangan Negeri (atau parlimen),”
katanya kepada Malaysiakini.
Mengulas sama ada
ia akan menjadi kenyataan, Fann berkata jika hanya seorang dua sahaja
yang bersedia, cadangan itu mungkin tidak akan menjadi kenyataan.
Di
sebalik perkembangan itu, beliau bagaimanapun berkata akan terus
menganjurkan acara sebegitu atas kepercayaan ia arah yang betul untuk
politik Malaysia.
Calon Pakatan
Harapan (PH) di Semenyih Muhammad Aiman Zainali hari ini mengikuti
jejak langkah lawannya dari BN Zakaria Hanafi dengan menolak debat
itu.
Setakat ini hanya
calon Parti Sosialis Malaysia's (PSM) Nik Aziz Afiq Abdul yang
menyatakan kesediaannya.
Calon bebas Kuan
Chee Heng pula belum memberikan jawapan, kata Fann.
Bersih bercadang
mengadakan debat itu di kampus Universiti Nottingham Malaysia pada 25
Februari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan