HALAMAN SANTAI

Jumaat, 15 Februari 2019

Bukan nak lawan kerajaan Shafie, kata Tun M

Mohammad Arif Nizam

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata sistem berkenaan akan beroperasi di empat kawasan yang mempunyai jeti untuk perniagaan tersebut di Kudat, Tawau, Sandakan dan Lahad Datu.
Mohd Shafie Apdal

KUALA LUMPUR – Keputusan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk membuka keahlian parti itu di Sabah bukan untuk menentang Parti Warisan Sabah (Warisan).

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad merangkap Pengerusi Bersatu berkata, keputusan itu dibuat untuk menyokong Kerajaan Sabah yang dipimpin Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal yang juga Presiden Warisan.

“Bersatu pergi ke Sabah hendak kuatkan kerajaan Shafie bukan hendak tentang. Bersatu hendak bantu dan bukannya hendak tukar kerajaan.

“Keputusan ini kerana keadaan di Sabah apabila ada pihak yang tidak mahu masuk Warisan namun menyokong PH kerana Bersatu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu di Yayasan Al Bukhary di sini hari ini.

Turut hadir, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
MGF15022019_PC PPBM_14
Perdana Menteri merangkap Pengerusi Parti Pribumi Bersatu 
Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad (tengah) bercakap 
pada sidang media sambil diiringi Menteri Dalam Negeri 
merangkap Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan 
Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir selepas
Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM di Yayasan Al-Bukhary, 
Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL
 
Ditanya rangka waktu Bersatu akan ditubuh di Sabah, Mahathir berkata ia akan direalisasikan secepat mungkin.

Mengenai pemimpin Bersatu yang akan mengetuai parti itu di negeri itu, calon anak tempatan telah dikenalpasti.

“Yang penting mereka mematuhi tiga syarat iaitu keluar UMNO, kena jadi ahli bebas sekian lama dan selepas itu sedia diterima namun dipilih berdasarkan latar belakang pemohon.

“Pada masa sama, mereka juga bukan terdiri dari ahli parti komponen PH termasuk Warisan, DAP, Amanah yang tidak akan diterima dalam Bersatu.

“Sebaliknya siapa sahaja yang hendak masuk akan diterima dan kita tapis secara individu bukan kumpulan,” katanya. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: