HALAMAN SANTAI

Jumaat, 8 Februari 2019

Isu RM90 juta: Nasharudin serah dokumen, penyata kewangan kepada SPRM

THE MALAYSIAN TIMES
 


PUTRAJAYA Datuk Dr Nasharudin Mat Isa tampil menyerahkan beberapa dokumen dan penyata kewangan bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan pemimpin PAS menerima dana RM90 juta dikatakan daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Bekas Timbalan Presiden PAS itu turut menyerahkan maklumat kewangan peribadi serta beberapa penyata bank lain yang diminta termasuk akaun kewangan Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) yang beliau merupakan Pengerusi Eksekutif.

Bercakap kepada pemberita selepas memberikan keterangan lebih empat jam di Ibu Pejabat SPRM di sini, Nasharudin berkata beliau amat berpuas hati dan berterima kasih kepada suruhanjaya itu kerana memberi peluang kepadanya untuk membuat penjelasan dan menyerahkan semua bukti yang diperlukan.

Tiada ulasan: