ULASAN | Nama
Ahmad Zahid Hamidi kembali menjadi perhatian dunia politik tanah air
apabila beliau menyatakan kesediaannya untuk kembali menerajui Umno
"bila tiba masanya".
Apa perkara besar itu tidak pula diperjelaskan presiden Umno yang sedang bercuti itu, namun berdasarkan pengamatan peristiwa besar yang diharapkan Ahmad Zahid itu berkemungkinan besar Umno kembali berkuasa dan menjadi sebahagian daripada kerajaan.
Bagaimana caranya itu sukar untuk diramal, sama ada Umno akan membentuk kerjasama dengan PKR dan PAS bagi mengusai Dewan Rakyat ataupun tidak mustahil juga Bersatu dan Umno akan rujuk kembali.
Lawan tukar jadi kawan
Begitu juga Presiden PKR Anwar Ibrahim dan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu sekian lama bermusuh dengan Mahathir, tetapi akhirnya mengangkat pengerusi Bersatu itu sebagai perdana menteri.
Begitulah seni politik tiada yang mustahil, kawan tidak selamanya dan lawan juga boleh bertukar menjadi kawan.
Tidak dinafikan, Ahmad Zahid telah dipilih secara demokrasi oleh ahli Umno untuk memimpin parti dominan terbesar orang Melayu itu.
Umno bukan lagi bahtera kerajaan
Umno memerlukan pembaharuan, perlu dilihat lebih segar dan bertenaga untuk menghadapi cabaran baru sebagai pembangkang.
Oleh itu Umno perlu dipimpin oleh nakhoda yang bersih dan bebas daripada sebarang masalah, yang sukar untuk pihak lawan menyerang batang tubuh pucuk kepimpinan.
Namun, adalah lebih baik sekiranya beliau terus berjiwa besar dengan menyerahkan kepimpinan kepada Mohamad Hasan sehingga kes yang dihadapinya selesai dan jika beliau berjaya membersihkan namanya.
Redakan gelombang lompat
Pendekatan yang diambil oleh beliau dengan Mohamad yang lebih dikenali sebagai Tok Mat membuahkan hasil. Ribut yang melanda Umno dengan gelombang lompat parti berjaya diredakan.
Bahtera Umno kembali tenang, ketenangan itu akhirnya menterjemahkan kemenangan sulung buat Umno dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.
Nasihat orang-orang agama dan ilmuan, ketenangan pastinya akan membuahkan hasil yang lebih baik.
Sebaliknya beliau adalah seorang pejuang yang sebenar yang meletakkan kepentingan parti mengatasi kepentingan peribadi.
Tok Mat disenangi
Dalam situasai hari ini, untuk mengatasi defisit kepercayaan Umno harus dipimpin oleh tokoh yang dilihat bersih dan disenangi rakyat.
Umno tidak boleh dipimpin oleh pemimpin yang akan menjadi sasaran pihak lawan kerana kelak yang terkesan adalah parti itu.
Kepimpinan Tok Mat dilihat disenangi kawan dan lawan, tidak salah jika bekas menteri besar Negeri Sembilan itu diberi peluang untuk memperkasakan kembali Umno dengan Ahmad Zahid menyokong dari belakang.
Sehingga kini, agak sukar untuk melihat pihak lawan menyerang batang tubuh Tok Mat kerana beliau masih bersih darpada sebarang isu.
Oleh itu, momentum baik yang ada pada Umno ketika ini tidak seharusnya direncatkan oleh 'come back' yang merugikan parti.
HASPAIZI ZAIN ialah wartawan Malaysiakini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan