HALAMAN SANTAI

Jumaat, 8 Februari 2019

Saya tak pernah tipu latar belakang akademik, kata Marzuki


Marzuki Yahya menepis dakwaan beliau memiliki ijazah palsu
(Gambar Bernama)
 
PETALING JAYA: Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya berkata beliau tidak pernah berbohong mengenai kelayakan akademiknya dari Universiti Cambridge, selepas dakwaan mengatakan beliau memiliki ijazah palsu.

Setiausaha agung PPBM itu berkata, sesiapa sahaja boleh memasukkan dan menyunting maklumat dalam laman Wikipedia.

“Sejujurnya, saya tidak pernah memasukkan apa-apa maklumat berkaitan pendidikan saya di dalam Wikipedia. Saya juga tidak pernah mengarahkan sesiapa untuk melakukannya.

“Bahkan, ketika ditanya oleh media sebelum ini, saya telah menyatakan dengan jelas saya mendapat kelulusan Cambridge International University (CIU) di Amerika Syarikat, bukannya University of Cambridge,” katanya dalam kenyataan hari ini sambil melampirkan transkrip CIU.

Tiada ulasan: