Apa yang berlaku sekarang Allah ada ceritakan dalam al-Quran

BANGI– “DAP dan sekutunya masih tidak dapat melaksanakan
agenda secara terang-terangan kerana dalam medan politik negara ini masih ada
UMNO dan PAS,” tegas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Azian Osman.
Beliau dalam satu
kenyataan berkata, kerjasama UMNO dan PAS akan menyebabkan pelaksanaan agenda
parti DAP itu terbantut.
“Sebab itulah UMNO dan PAS
diserang begitu hebat, jika dua parti ini lemah maka bermaharajalela lah dengan
agenda mereka,” katanya.
Azian juga berkata, apa
yang berlaku pada hari ini telah pun diceritakan di dalam kitab suci al-Quran.
“Pada orang yang mengaku
Islam, bacalah Al Quran, fahami tafsirnya, hayati setiap ayatnya, kita akan
jumpa apa yang ada dalam al-Quran itu memang berlaku pada masa sekarang dan
Allah telah bekalkan kita dengan panduan, pedoman dan pelindung.
“Jika mahu mendapat
huraian-huraian yang lebih jelas rajin-rajin pula membaca dan memahami hadis
Rasulullah ﷺ,” katanya.
Sabtu lalu,‘Himpunan
Pertahankan Kedaulatan Islam dan Perlembagaan’ telah diadakan di Jalan Tunku
Abdul Rahman, sebagai sebagai amaran kepada kerajaan Pakatan Harapan bahawa
rakyat membantah penghinaan dan ancaman terhadap kedaulatan Islam di negara
ini.
Himpunan yang dilaporkan
dihadiri hampir 3,500 peserta itu dianjurkan Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)
dengan seliaan UMNO dan PAS.
Perhimpunan itu
memperjuang isu kedudukan Islam seperti Statut Rom, menuntut keadilan kematian
anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Kassim dan pelbagai lagi isu yang
bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan