HALAMAN SANTAI

Selasa, 28 Mei 2019

KIT SIANG TIDAK BERANI TERIMA KEBENARAN – NAJIB


Tindakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang menarik diri daripada berdebat menunjukkan sikap beliau yang pengecut, ujar bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata alasan Kit Siang konon perdebatan dengan beliau bakal memcetuskan pertembungan kaum merupakan sesuatu yang tidak masuk akal.

Katanya, Kit Siang menyerang dan menuduhnya sebagai pencuri, perompak dan fitnah yang pelbagai namun beliau sendiri ‘lari’ apabila beliau sedia untuk berdebat.

“Disebabkan pelbagai fitnah yang dilontarkan itu saya berani tampil untuk berdebat bagi menegakkan kebenaran. Tetapi Kit Siang tidak berani, pengecut dan lari daripada berdebat meskipun dia (Kit Siang) yang tentukan tajuk,” katanya ketika menyampaikan ceramah di Kompleks PAS negeri di Kangar, Perlis pada Isnin.

Terdahulu, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan pada Selasa lalu menyahut cabaran Kit Siang dan mencadangkan supaya program debat itu diadakan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri dan disiarkan secara langsung.

Walaubagaimanapun, Kit Siang mengumumkan penarikan diri daripada berdebat dengan Najib atas alasan konon bimbang program itu akan bertukar menjadi konflik pertembungan kaum antara Melayu dan Cina.


Tiada ulasan: