Gambar hiasan.
PELABUHAN
KLANG -Kegiatan kilang kitar semula plastik dan tayar
tidak berlesen yang beroperasi di sekitar Kampung Teluk Gong, di sini didakwa
oleh penduduk tempatan dilindungi oleh orang berpengaruh berpangkat ‘Datuk’.
Penduduk
di kawasan berkenaan juga seakan-akan berat mulut untuk bercerita panjang
mengenai kilang-kilang berkenaan ketika ditanya Bernama yang melakukan tinjauan
di kawasan berkenaan.
Seorang
penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Zambri, 41, berkata, terdapat
kira-kira 50 kilang kitar semula plastik dan tayar yang berlesen dan tidak
berlesen yang beroperasi di kawasan berkenaan sejak beberapa tahun kebelakangan
ini.
“Mereka
ini dilindungi oleh orang yang berpengaruh, bukan sahaja penduduk di sini tidak
berani kacau kilang ini, anggota Majlis Perbandaran Klang (MPK) pun tidak
berani, abang-abang kawasan juga bertindak menghalang dan menganggu anggota
pihak berkuasa yang melakukan pemantauan,”katanya yang merupakan penduduk asal
kawasan berkenaan kepada Bernama.
Katanya,
kilang-kilang yang dikenakan tindakan oleh oleh pihak berkuasa juga turut
berani beroperasi semula walaupun telah diarahkan tutup.
“Pada awal
tahun ini ada operasi besar-besaran oleh kerajaan, tetapi selepas seminggu
kilang-kilang ini kembali beroperasi seperti biasa, kita penduduk kampung yang
terpaksa menanggung risiko kesihatan kerana kilang ini kerap melakukan
pembakaran plastik dan getah di waktu petang dan awal pagi,”kata pemandu teksi
itu.
Tinjauan
Bernama di kawasan berkenaan mendapati sisa-sisa kimia dari proses kitar semula
plastik dan tayar telah disalurkan ke longkang dan tali air sehingga airnya
berwarna hitam dan berbau busuk, longkang dan tali air berkenaan juga didapati
bersambung ke kunci air di jeti nelayan berhampiran.
Sementara
itu, Anggota Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri
melahirkan rasa kecewanya terhadap ketegasan MPK dalam menangani isu kilang
haram di kawasan berkenaan.
Kata
Azmizam, banyak kilang tidak berlesen yang dikenakan tindakan oleh MPK, kembali
beroperasi selepas seperti biasa.
“Seperti
contoh kilang kitar semula plastik haram di Sungai Chandong, Bandar Armada
Putra di Pulau Indah kembali beroperasi walaupun telah dikenakan tindakan,
kilang ini setiap hari melakukan pembakaran terbuka yang memberi risiko
kesihatan kepada penduduk sekitar, kilang di Teluk Gong juga sama, kembali
beroperasi walaupun telah dikenakan tindakan oleh MPK.
“Malah
semakan saya dengan Tenaga Nasional Berhad turut mendapati MPK tiada langsung
mengutus surat kepada TNB untuk memohon agar bekalan elektrik ke kilang haram
ini diputuskan, TNB sememangnya bersedia untuk bekerjasama bagaimanapun ia
perlu dimaklumkan secara bertulis oleh MPK sendiri,” katanya.
Katanya
lagi perkara itu memperlihatkan MPK tidak serius bertindak dalam hal berkenaan
kerana sebarang tindakan penguatkuasaan perlu ada tindakan susulan yang aktif
agar kilang-kilang ini tidak kembali beroperasi.
“PBT (MPK)
perlu ambil tindakan serius dalam hal ini kerana isu ini telah menjejaskan imej
negara dan kerajaan, jangan hanya berani ambil tindakan ke atas ikan bilis,
ambil juga tindakan ke atas ikan-ikan jerung ini,” katanya.
Sementara
itu, Ketua Jabatan Perlesenan dan Penjaja MPK Azhar Samsudin berkata, sehingga
April sebanyak sembilan buah kilang kitar semula plastik tidak berlesen telah
diarahkan berhenti beroperasi serta-merta, dan perlu membersihkan longgokan
plastik terpakai yang ada dalam simpanan masing-masing.
“Untuk
tempoh yang sama kita (MPK) telah mengenalpasti terdapat sebanyak 41 kilang
kitar semula plastik tidak berlesen beroperasi di kawasan Klang, kilang-kilang
ini kita sedang awasi dan akan kami ambil tindakan secepat mungkin,” katanya. -Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan