HALAMAN SANTAI

Selasa, 28 Mei 2019

Lebih 17,000 bantah kenaikan kadar elektrik 2019 mengikut kiraan TNB

Muhammad Azizul Osman

Tenaga Nasional Berhad (TNB) memperkenalkan inisiatif baharu berkaitan budaya keselamtan yang dikenali sebagai Tenaga Safety Culture (TSC).


KUALA LUMPUR – Satu petisyen dilancarkan pengguna media sosial hari ini bagi memohon kerajaan mengkaji semua penggunaan meter digital dan pengiraan yang digunakan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi caj pengguna elektrik.

Menurut petisyen itu, didapati ada unsur penipuan apabila berlaku kelewatan bil yang di hantar oleh TNB.

Ia mengakibatkan pengguna terpaksa membayar lebih mengikut kiraan prorata TNB, malah cukai yang dikenakan agak tinggi membebankan rakyat.

“Kami mahu pihak kerajaan menyiasat segala aduan rakyat segera, bagi mengurangkan beban elektrik yang ditanggung rakyat. Siasatan perlu telus dan mengambil kira aduan rakyat,” desak petisyen itu.

Petisyen dilancarkan Abdullah Fahim di www.change.org.

Ia boleh dilayari di https://www.change.org/p/kerajaan-pantau-harga-elektrik-2019-bantahan-kenaikan-elektrik-2019-mengikut-kiraan-tnb?recruiter=442282834&utm_source=share_petition&utm_medium=facebook&utm_campaign=psf_combo_share_initial&
utm_term=psf_combo_share_initial&recruited_by_id=68c16290-9bdd-11e5-8db0-4ff752f14901&utm_content=fht-15741701-en-gb%3Av5&fbclid=IwAR2JuMo4ZAmpjajfiRCNVlBQ-BLesuTDRBKEmyeBrD0dxpIUC95e3khPKvs

Selepas sehari dilancarkan, 17,053 pengguna sudah menandatangani petisyen berkenaan.

Seorang pengguna sosial media, Mohamad Samsi Kamarudin berkata, caj melampau itu adalah kesan daripada monopoli yang diberikan kepada TNB.

“Beza kenaikan yg sangat besar. Harap ditarik semula monopoli TNB. Kena galakkan syarikat lain compete supply elektrik kepada  rakyat Malaysia,” katanya.

Malah, Yew Kuan Kien berkata, caj terkini oleh TNB adalah sesuatu yang tidak berpatutan dan menghimpit rakyat.

“Ia bukan caj yang munasabah, kami tidak akan bayar dan tidak akan dibayar kepada TNB. Ini jelas satu penipuan,” katanya.

Sementara itu, TNB dalam responnya semalam menjelaskan jumlah bil TNB yang perlu dibayar adalah mengikut bacaan meter.

“Sekiranya meter dibaca melebihi tempoh 31 hari, maka TNB akan menggunakan pengiraan secara prorata berdasarkan bilangan hari pembilan,” demikian menurut kenyataan itu.

TNB juga telah berkongsikan mengenai cara semak bil TNB Online melalui myTNB App. -MalaysiaGazette

Tiada ulasan: