Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. - Foto
Bernama
TOKYO– Kerajaan memerlukan tempoh tiga tahun bagi mengurangkan hutang negara
kepada paras siling 54 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
berbanding paras semasa 80 peratus, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Jelas
Perdana Menteri, biarpun berdepan pelbagai cabaran, kerajaan telah dapat
mengurangkan hutang melebihi RM1 trilion itu ke tahap semasa.
“Kita
menggalas tugas berat dan sukar hanya kerana (tindak-tanduk) kerajaan sebelum
ini yang meninggalkan banyak legasi kurang menarik…sebagai contoh, mereka
meminjam terlalu banyak wang dan melangkaui had siling yang ditetapkan oleh
kerajaan.
“Kita
perlu melunaskan hutang ini dan mengurangkannya sehingga ke paras wajar agar ia
tidak menelan semua hasil yang kita raih dalam proses mentadbir negara ini,”
katanya.
Beliau
berkata demikian ketika berucap pada satu mesyuarat di Kelab Koresponden Asing
Jepun di Tokyo.
Perdana
Menteri kini dalam rangka lawatan kerja tiga hari ke Jepun.
Selain
itu, Dr Mahathir berkata, Malaysia kini berada di landasan tepat bagi
memulihkan negara berdasarkan pertumbuhan ekonomi dan pendapatan per kapita.
Atas
perkembangan itu, kata beliau, Malaysia kini menyaksikan kehadiran lebih ramai
pelabur asing yang berminat untuk melabur di negara ini.
“Ada
segelintir pelabur asing yang bertindak menarik diri daripada pasaran saham dan
ini tidak mengapa.
“Dalam apa
keadaan pun, banyak negara yang mengalami masalah disebabkan perang perdagangan
Amerika Syarikat-China. Ya, kita pun terjejas namun tidaklah seburuk mana yang
dialami negara-negara lain,” kata beliau.
Perdana
Menteri turut berkongsi harapan Malaysia untuk melihat lebih banyak pelaburan
masuk ke negara ini.
“Oleh itu,
sebarang bentuk laporan negatif mengenai Malaysia bukanlah sesuatu yang dapat
membantu negara ini pulih.
“Kita
perlukan laporan tepat, bukannya laporan yang terlalu memihak Malaysia sebaliknya
laporan sahih mengenai apa yang sebenarnya berlaku di Malaysia,” katanya.-
Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan