HALAMAN SANTAI

Rabu, 29 Mei 2019

TNB nafi terima arahan naikkan bil elektrik

Kumara Sabapatty
MGF06022017_BANGUNANMENARA48-681x454
Tenaga Nasional Bhd

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyangkal dakwaan awam kononnya menerima arahan menaikkan caj bil elektrik kepada pengguna di negara ini.

Dalam kenyataan terbaharunya, TNB menafikan satu mesej tular di media sosial kononnya Ahli Lembaga Pengarah TNB telah menerima arahan kerajaan untuk menaikkan tarif elektrik sebanyak 30 peratus.

“Mesej tersebut yang kononnya ditulis oleh seorang pekerja TNB adalah palsu dan tidak berasas.
“Selain itu, TNB tidak mempunyai warga kerja seperti yang dinamakan dalam mesej berkenaan,” kata Kumpulan Komunikasi Korporat TNB dalam kenyataan tersebut.

Sehubungan itu, TNB menasihatkan orang ramai untuk mengabaikan mesej tersebut dan tidak berkongsi dalam media sosial.

“Untuk makluman, tarif elektrik ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga,” tegas pihak tersebut.

Penjelasan bertulis TNB itu dibuat selepas seorang individu bernama Ahmad Fadhil Hanapi dari Brickfields, Kuala Lumpur berkongsi kenyataan di media sosial berhubung kenaikan bil elektrik TNB kononnya sebagai catatan kakitangan TNB.

Catatan Ahmad Fadhil berbunyi:” Kita tidak ada pilihan terpaksa akur pada arahan BOD (lembaga pengarah) TNB yang mendapat arahan dari kerajaan untuk menaikkan bayaran tarif elektrik hingga ke 30 peratus kenaikannya.

“Kami menyedari dan memahami rasa terkejut pengguna atas kenaikan kadar bayaran tarif elektrik ini, tapi apa pilihan yang kami ada selain dari tunduk kepada tekanan yang diberikan.

“Kenaikan ini berlaku secara senyap tanpa pengetahuan pengguna atas desakan kerajaan untuk menampung bayaran bonus kepada penjawat awan dan juga pesara.

“Maafkan kami rakyat Malaysia, kami terpaksa akur dan tunduk kepada arahan BOD yang menerima arahan dari kerajaan”. – MalaysiaGazett

Tiada ulasan: