HALAMAN SANTAI

Khamis, 30 Mei 2019

INKUES ADIB: UMNO, PAS DAKWA TOMMY CAMPUR TANGAN


Pimpinan UMNO dan PAS mendakwa arahan supaya peguam Syazlin Mansor menarik diri daripada mewakili kerajaan dalam prosiding inkues kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd. Kassim adalah satu campur tangan secara terbuka oleh Peguam Negara, Tommy Thomas.

Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata UMNO dan PAS menzahirkan kebimbangan dan ragu-ragu terhadap keputusan inkues tersebut.

Beliau turut berkata tindakan itu akan menyebabkan rakyat merasakan seolah-olah pihak Peguam Negara dari awal lagi tidak bersetuju bahawa Muhammad Adib meninggal dunia akibat dipukul semasa bertugas di kawasan kuil Sri Maha Mariamman, Seafield pada November 2018 lalu.

“Ini adalah satu daripada kegagalan Peguam Negara (Tommy) daripada banyak kegagalan yang telah berlaku.

“Kami mendesak Perdana Menteri memecat Peguam Negara ini dan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) agar siasatan kematian Muhammad Adib dapat dilakukan seadilnya,” katanya dalam sidang akhbar di Menara Dato’ Onn, Kuala Lumpur pada Rabu.

Seterusnya, dalam sidang media yang sama, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata PAS dan UMNO hanya menginginkan keadilan bagi seorang penjawat awam yang meninggal dunia ketika bertugas.

Tiada ulasan: