Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang menyarankan penubuhan
sebuah SUruhanjaya Penyiasatan Diraja (RCI) untuk mendedahkan sepenuhnya
rancangan yang beliau panggil “Week of Long Knives Operation” pada Julai
2015.
Operasi itu dikatakan menyerang prinsip demokrasi
berperlembagaan dan melumpuhkan kebebasan dan profesionalisme
institusi-institusi utama negara.
Anggota parlimen Iskandar Puteri itu mendakwa bekas
perdana menteri Najib Razak, dalam usaha untuk melenyapkan skandal 1MDB,
merancang operasi dari pelbagai sudut bagi menyerang prinsip demokrasi yang penting
di Malaysia seperti kedaulatan undang-undang.
Beliau mendakwa Najib juga menyerang doktrin
pemisahan kuasa, tadbir urus dan integriti awam yang baik di samping melakukan
serangan sistematik ke atas kebebasan, keadilan dan profesionalisme institusi-institusi
utama seperti parlimen, Jabatan Peguam Negara, polis, Bank Negara, Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia dan Ketua Audit Negara.
“Rakyat Malaysia berhak untuk tahu apa yang berlaku
sepanjang tempoh ‘Week of Long Knives Operation’ pada minggu terakhir
Julai 2015 bila negara heboh dengan khabar angin bahawa peguam negara akan
mendakwa (bekas) perdana menteri Najib atas amalan rasuah berkaitan skandal
1MDB.
“Namun, dengan tiba-tiba pada 28 Julai, 2015, Najib
melancarkan serangan dan peguam negara Gani Patail dipecat, Mohamad Apandi Ali
meletak jawatan dari Mahkamah Persekutuan dan mengangkat sumpah sebagai peguam
negara baru, timbalan perdana menteri Muhyiddin Yassin dan menteri kemajuan
luar bandar dan wilayah Shafie Apdal dipecat.
“Institusi negara seperti Jabatan Peguam Negara,
polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Bank Negara dilumpuhkan dan
‘dijinakkan’ dengan pembubaran Pasukan Petugas Khas mengenai 1MDB,” kata Lim
dalam satu kenyataan.
Di samping itu, Lim mendakwa Najib telah meletakkan
Malaysia di tahap reputasi antarabangsa paling rendah oleh kerana perbuatannya
yang dikutuk oleh dunia sebagai ‘global kleptokrasi’.
Khamis lepas, Lim mengumumkan menarik diri daripada
berdebat dengan Najib kerana bimbang program itu akan bertukar menjadi konflik
antara orang Melayu dan Cina.
Lim berkata Najib mendakwa ‘kemenangan moral besar’
baginya kerana debat itu batal.
Bagaimanapun, Lim berkata Najib hanya membuktikan
politiknya yang muflis dan sikapnya yang tidak bermoral bila beliau mendakwa
demikian sedangkan selama beberapa tahun ini beliau membisu tentang global
kleptokrasi.- Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan