Azian yang juga saksi ke-38 ketika disoal beberapa kali oleh peguam bela, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden tentang prosedur KWAP dalam meluluskan permohonan pinjaman antara tahun 2011 dan 2012 oleh SRC International melibatkan dana sebanyak RM4 bilion.
Banyak jawapan saksi yang sama itu hanya seperti ‘tidak ingat’, ‘tidak mahu komen’ dan ‘tidak pasti’.
Azian sebaliknya menjelaskan beliau tidak ‘mampu’ memberikan jawapan terhadap soalan-soalan tersebut kerana mungkin itu hanya sekadar pendapat peribadi dan tidak berpengalaman dalam perkara tersebut.
Ketika diminta mengapakah beliau atau anggota KWAP yang lain tidak meminta SRC mengemukakan permohonan secara formal dan mengikut piawaian syarikat, Azian berkata beliau tidak pasti.
Apabila diminta oleh peguambela adakah menjadi satu kebiasaan dalam KWAP meluluskan permohonan pinjaman berdasarkan jaminan kerajaan sebelum mendapatkan surat jaminan itu sendiri, Azian enggan menjawab dengan memberikan alasan itu sekadar pendapat peribadinya.
“Saya tidak boleh ulas tentang soalan ini. Itu akan menjadi seolah-olah pendapat saya sahaja.
“Kami bersetuju untuk membiayai pinjaman berdasarkan surat jaminan dari pegawai Kementerian Kewangan dan dalam surat tersebut menyatakan bahawa Kabinet telah meluluskan jaminan tersebut.
“Ianya hanya ideal seandainya kita telah mendapatkan jaminan daripada kerajaan terlebih dahulu sebelum memberikan pinjaman itu, jaminan mengurangkan risiko kami sifar” katanya. –MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan