HALAMAN SANTAI

Rabu, 29 Mei 2019

Mujahid nafi sebut 'tiada istilah kafir, semua agama sama'

MALAYSIAKINI

   
Menteri agama Dr Mujahid Yusof menafikan beliau menolak istilah kafir untuk bukan Islam dan menyamakan semua agama.

"Hari ini tersebar di media sosial YB Datuk Seri Dr Mujahid Yusof mengeluarkan kenyataan ‘tiada istilah kafir di Malaysia kerana semua agama adalah sama’.

"Sehubungan itu, YB Datuk Seri Dr Mujahid Yusof menafikan dan perkara yang di sebarkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab itu merupakan satu fitnah ke atas beliau," kata pentadbir Facebook beliau.

Pentadbir laman sosial itu juga mendedahkan satu laporan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dan polis akan dibuat dalam masa terdekat.

LIHAT FB DI SINI

Tiada ulasan: