Malaysia sedang beralih kepada penggunaan meter digital untuk
merekodkan caj elektrik memandangkan ia lebih tepat, kata Perdana
Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata negara sedang melaksanakan penggunaan meter lebih baik itu, malah dalam sesetengah kes, langkah berkenaan mendorong pengurangan bil elektrik, dan ia sama sekali tiada kaitan dengan harga petrol.
“Sesetengah pengguna akan menerima caj lebih rendah, ada pula cajnya sama dan sebilangan pula perlu membayar lebih,” katanya semasa sidang media sebelum mengakhiri lawatan kerja tiga hari beliau di Jepun hari ini.
Dr Mahathir berkata banyak faktor yang mendorong peningkatan bil elektrik, termasuk penggunaan lebih tinggi, dan oleh itu ia direkodkan.
“Kini perekodan bagi bil elektrik dibuat secara berpusat, tidak lagi dicatatkan oleh pembaca meter bagi setiap tiga bulan atau tempoh yang ditetapkan,” katanya.
Baru-baru ini banyak aduan caj berlebihan ke atas bil elektrik oleh Tenaga Nasional Bhd (TNB) telah dibuat pengguna yang tidak berpuas hati kepada Suruhanjaya Tenaga (ST).
Ia juga susulan apabila TNB memasang apa yang dikenali sebagai meter pintar di kediaman untuk menggantikan meter lama.
Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin mengarahkan ST menyiasat aduan pengguna mengenai bil elektrik yang lebih tinggi berbanding lazimnya yang dikenakan TNB.
Bagi bulan Mei sahaja, ST menerima lebih 300 aduan dari seluruh negara, meningkat 10 kali ganda berbanding angka yang dicatatkan pada bulan yang sama tahun lepas.- Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan