Warga Bangladesh dalang klinik, farmasi haram di Kuala Lumpur
BANGI–
Dianggarkan sebanyak RM180,080 produk kesihatan tidak berdaftar dirampas oleh
Kementerian Kesihatan (KKM), dalam satu operasi serbuan bersepadu pada 26 Mei
lalu.
Serbuan dijalankan Bahagian Penguatkuasaan Farmasi KKM bersama Bahagian Penguatkuasaan Farmasi Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, membabitkan klinik serta farmasi haram yang didalangi pendatang asing warga Bangladesh.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, operasi itu dijalankan hasil daripada risikan terperinci ke atas dua premis di sekitar Lebuh Pudu dan Jalan Silang, Kuala Lumpur.
Beliau berkata, serbuan sama telah dijalankan pada tahun 2018 ke atas lima premis haram membabitkan warga Bangladesh di kawasan berkenaan.
“Nilai keseluruhan produk yang dirampas dianggarkan sebanyak RM180,080 dan risikan awal mendapati kebanyakan produk dan ubat tersebut telah diseludup dari Bangladesh dan India.
“Bagi mengaburi mata pihak berkuasa, modus operandi mereka telah ditukar di mana produk-produk tersebut disorok, disimpan dan diselindungkan di tempat-tempat yang sukar diakses di sebalik pelbagai produk makanan dan barangan am, termasuklah mengubah waktu operasi mereka dengan hanya lebih aktif pada hari minggu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Dr Noor Hisham berkata, penjualan produk kesihatan yang tidak berdaftar melanggar Peraturan 7(1)(a), Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
Katanya, mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama, dan denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.
“Orang awam boleh menyemak status dan nombor pendaftaran MAL sesuatu produk melalui laman sesawang http://npra.moh.gov.my ATAU dengan menghubungi Bahagian Regulatori Farmasi Negara di talian 03-78835400 di samping memastikan label Hologram Meditag pada pembungkusannya.
“Selain itu, orang ramai juga boleh memuat turun aplikasi NPRA Product Status daripada Google Play Store bagi menyemak status pendaftaran produk tersebut,” katanya.
Beliau berkata, sebarang aduan berkaitan produk tidak berdaftar boleh disalurkan kepada Program Perkhidmatan Farmasi, KKM melalui laman sesawang http://www.pharmacy.gov.my ATAU melalui portal Sistem Pengurusan Aduan Agensi Awam (SisPAA) di alamat http://moh.spab.gov.my.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan