KOTA BHARU: Kempen
Kelantanku Bersih juga disemarak pada Ramadan bagi memastikan orang
ramai membudayakan menjaga kebersihan tanpa mengira masa.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan
Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin berkata,
peningkatan sampah agak ketara pada bulan Ramadan berbanding bulan lain.
“Kita menggerakkan strategi tertentu di peringkat pihak berkuasa tempatan bagi menangani masalah itu.
“Apa yang penting sekarang ini usaha
untuk menyedarkan rakyat menjaga kebersihan perlu diperhebatkan.
Antaranya membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan,” katanya
di sini.
Mulai tahun lepas kerajaan negeri melancar kempen Kelantanku Bersih di seluruh negeri bagi meningkatkan tahap kebersihan.
Aspek kebersihan menjadi tumpuan kerajaan Kelantan bagi penggal ke-14.
Dr Izani juga berkata, aspek kebersihan sentiasa diutamakan dari semasa ke semasa walaupun pada bulan Ramadan.
“Apa yang penting kita perlu merangsang
rakyat supaya bersikap lebih baik menjaga kebersihan. Perubahan sikap
mesti dilakukan, jika tidak ia tidak akan berubah,” katanya. - HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan