HALAMAN SANTAI

Selasa, 28 Mei 2019

Kematian Khoo Kay Kim kehilangan besar buat negara

Muhammad Azizul Osman
WhatsApp-Image-2019-05-28-at-12
Mendiang Khoo Kay Kim

KUALA LUMPUR – Berita kematian tokoh sejarah dan budayawan terkemuka tanah air, Prof Emeritus Dr Khoo Kay Kim mendapat perhatian bekas dan pemimpin negara.

Antaranya, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali yang menyifatkan pemergian mendiang Kay Kim sebagai kehilangan yang amat besar buat negara.

“Berdukacita di atas pemergian sejarawan negara Profesor Emeritus Tan Sri Datuk Dr Khoo Kay Kim.

“Masih segar dalam ingatan saya pertemuan kami ketika Dialog #MalaysiaBaru di Shah Alam lebih setahun kali. Takziah buat Puan Sri Rathi Khoo, saudara Eddin Khoo & keluarga,” katanya di Twitter.

Di Tweeter, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming turut menyampaikan salam takziah buat keluarga mendiang.

Pemergian mendiang akan diingati oleh semua rakyat Malaysia.

“Malaysia akan mengingati Prof Tan Sri Khoo Kay Kim, kami kehilangan seorang ahli sejarah terkemuka.

“Semoga dia bersemadi dengan tenang,” katanya di Twitter.

Turut bersedih dengan pemergian Khay Kim, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Najib menyifatkan mendiang sebagai seorang sejarahwan yang unggul dan intelektual.

“Saya takziah kepada keluarga Profesor Emeritus lewat Tan Sri Dr Khoo Kay Kim.

“Kematiannya sememangnya kehilangan buat kita. Seorang ahli sejarah yang hebat dan seorang rakyat Malaysia yang sebenar,” katanya.

Khay Kim 82, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada jam 10.45 pagi tadi.

Berita sedih itu dikongsikan oleh isteri dan anak-anaknya dalam satu kenyataan ringkas.

Mendiang merupakan seorang penerima Anugerah Merdeka 2018, meninggal dunia akibat masalah paru-paru. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: