PUTRAJAYA – Pelajar cemerlang diseru memasuki Institut Pendidikan Guru (IPG) untuk mengajar bahasa Mandarin dan Tamil.
Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik
berkata, pada masa ini kemasukan ke program matrikulasi dilihat menjadi
pilihan berbanding IPG.
Meskipun IPG menawarkan kekosongan kemasukan pelajar 6,000 namun sehingga kini jumlah itu belum tercapai.
“Kita menggalakkan pelajar cemerlang
berminat mengajar agar dapat memohon terutama bahasa Mandarin dan Tamil.
Semua orang pilih masuk matrikulasi jadi maktab makin merosot,” katanya ketika majlis Iftar bersama media, di sini.
Untuk rekod, seramai 5,200 surat tawaran
IPG dikeluarkan seluruh negeri hari ini, namun jumlah yang menerima
tawaran belum diketahui.
Maszlee mengakui Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) masih belum berjaya mendidik rakyat mengubah persepsi
pilihan kursus untuk melanjutkan pelajaran di peringkat universiti.
Ini kerana kebanyakan mahasiswa
universiti memilih kursus yang disifatkan ‘tradisi’ seperti jurusan
perubatan, pergigian, akauntan dan perundangan.
Sebaliknya jurusan berkaitan sains
seperti bio teknologi, kimia, kejuruteraan tidak mendapat sambutan,
meskipun memberi peluang cerah dalam permintaan kerja.
“Kursus ‘future job, seperti analisis data, nano teknologi, kurang mendapat sambutan.
“Ramai masih terikat dengan kuraus
tradisional dan apabila tidak dapat kerja masing-masing marah. Walhal
kursus menjanjikan peluang kerja tidak diambil.
“KPM belum berjaya mendidik rakyat melihat masa depan yang lebih mencabar,” tambahnya.
Sehubungan itu beliau memohon media membantu KPM menyebarkan kesedaran berhubung perkara ini kepada masyarakat. -MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan