SELURUH negara telah
dikejutkan dengan berita penarikan peguam Kementerian Perumahan dan
Kerajaan Tempatan (KPKT), Puan Syazlin Mansor daripada mewakili KPKT,
pihak bomba dan keluarga Allahyarham Adib.Telah
berlegar dalam kalangan rakyat dakwaan bahawa Tommy Thomas telah
menghantar surat kepada YB Zuraida menyuruh KPKT menarik diri dari
menjadi pihak berkepentingan kerana kononnya tindakan Puan Syazlin telah
memalukan pejabat Peguam Negara dan Timbalan Pendakwa Raya (DPP) yang
mewakili kerajaan.
Penarikan diri beliau dipercayai akan
turut menjejaskan keterangan saksi iaitu Prof Shahrom Abdul Wahid yang
sepatutnya dipanggil semula untuk memberikan keterangan. Sebelum ini,
beliau telah mempertikaikan percanggahan dan pendapat berbeza dari
laporan saksi pakar forensik yang dipanggil oleh pihak pendakwaan.
Adakah kerana keterangan Prof Shahrom
yang menyatakan bahawa punca kecederaan Allahyarham Adib kerana beliau
telah ditarik keluar dan dipukul bertentang dengan keterangan saksi
pakar forensik pihak pendakwaan yang mengatakan Adib tidak dipukul
dilihat sebagai memalukan kerajaan?
Umum mengetahui bahawa Puan Syazlin
sebelum ini berjaya menjejaskan kredibiliti pakar forensik tersebut
apabila beliau dilihat mengelirukan mahkamah dengan mengemukakan formula
pengiraan daya yang salah. Beliau juga sebelum ini mendakwa bahawa
Allahyarham Adib yang keluar sendiri daripada kereta bomba dan dihentak
pintu van yang sedang mengundur.
Dakwaan ini dilihat sangat serius kerana
ia akan menjejaskan kepercayaan awam terhadap keputusan inkues ini
nanti. Sudahlah sebelum ini Pejabat Peguam Negara memfailkan afidavit
menyatakan Allahyarham Adib tidak dipukul walaupun inkues masih belum
selesai.
Rakyat akan terus melihat ia sebagai
satu konspirasi untuk menutup punca kematian sebenar Allahyarham Adib
sekiranyaTommy Thomas gagal memberi penjelasan yang meyakinkan dengan
segera.
“Islam Memimpin”
*HAJI AHMAD AMZAD HASHIM , Ahli Parlimen Kuala Terengganu
– HARAKAHDAILY
– HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan