HALAMAN SANTAI

Jumaat, 31 Mei 2019

Dr M mengesahkan semula janji untuk serah kepimpinan kepada Anwar

THE MALAYSIAN TIMES
 


TOKYO: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengesahkan semula janji beliau untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti dipersetujui oleh Pakatan Harapan (PH), walaupun tiada tempoh masa dinyatakan.

“Saya telah bersetuju yang Anwar akan mengambil alih dari saya dan saya akan mematuhi dengan perjanjian saya. Semasa pembentukan gabungan PH, adalah dipersetujui bahawa ia akan diketuai oleh saya sebagai pengerusi.

“Kami juga berjanji sekiranya saya menjadi PM, penggal saya akan dihadkan ke beberapa tempoh, tetapi masa sebenar tidak dinyatakan,” katanya dalam sesi dialog pada Persidangan Antarabangsa mengenai Masa Hadapan Asia kali ke-25, juga dikenali sebagai Persidangan Nikkei.

Perdana Menteri berkata, beliau akan turun “selepas tempoh masa tertentu bagi meletakkan ekonomi di landasan yang tepat.

Beliau berkata, berurusan dengan ekonomi Malaysia adalah satu isu yang paling besar dan menekan yang perlu diselesaikan sebelum peralihan kuasa. –Bernama

Tiada ulasan: