Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad sudah menghantar surat
kepada kerajaan Arab Saudi bagi memohon tambahan kouta haji tahun ini
untuk 10,000 jemaah.
"Buat masa ini belum lagi (menerima jawapan). Kita telah mohon jasa baik untuk mempertahankan kuota haji tambahan sebanyak 10,000.
"Kita tak dapat 10,000 pun tak mengapa, 8,000 pun sudah memadai.
"Perdana Menteri pun sudah menulis surat rasmi kepada kerajaan Arab Saudi," katanya kepada media selepas Majlis Khatam Al-Quran dan TH World #QuranHour di ibu negara, hari ini.
Hadir sama Pengerusi TV Al Hijrah, Hussamuddin Yaacub yang juga Pengerusi dan Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd.
Pada 4 Mei lalu, TH memaklumkan yang pihaknya sedang menunggu kelulusan daripada kerajaan Arab Saudi bagi permohonan tambahan kuota untuk 10,000 lagi jemaah.
Ia sekali gus menyangkal dakwaan yang mengatakan umat Islam hilang kuota tambahan haji tahun ini seperti didakwa Ketua Pemuda Umno, Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Kuota rasmi yang diberikan Arab Saudi kepada Malaysia bagi tahun 2019 sebanyak 30,200.
Dalam pada itu Zukri menjelaskan, TH berharap agar kerajaan Arab Saudi dapat memberi jawapan secepat mungkin bagi memudahkan pihaknya membuat persediaan untuk jemaah.
"Kita sebenarnya kalau boleh nak secepat mungkin. Sebab bila kita dapat kouta tambahan, banyak benda kita perlu sediakan seperti penginapan jemaah dan penerbangan.
"Jadi, lebih awal kita terima kuota, lebih baik pengurusan kita. Kos juga akan bertambah jika terlalu lewat," jelasnya.
Tambah Zukri penerbangan pertama jemaah haji akan bermula pada 4 Julai nanti dan penerbangan terakhir pada 4 Ogos dan umat Islam dijangka akan wukuf pada 10 Ogos.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan