AR RISALAH الــرســالـة

MEDAN BERITA POLITIK : KE ARAH BERFIKIR, MENGINSAFI DAN BERTINDAK

HALAMAN SANTAI

Selasa, 28 Mei 2019

9 pegawai JPJ, SPAD berdepan 164 tuduhan rasuah dalam sindiket lindungi lori

Predeep Nambiar
Pegawai SPRM membawa kotak mengandungi dokumen berkaitan 
pertuduhan rasuah yang difailkan ke atas 9 penguat kuasa di Mahkamah 
Sesyen Khas Butterworth, Pulau Pinang, hari ini.
 
BUTTERWORTH: Sembilan penguat kuasa dari Jabatan Pengangkutan Jalan dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) hari ini didakwa atas pertuduhan menerima rasuah daripada sebuah syarikat pengangkutan lori selama hampir 3 tahun sebagai balasan untuk mengelak dikenakan tindakan penguatkuasaan.

Mahkamah Sesyen Khas mengenai rasuah di sini mengambil 4 jam untuk membaca semua pertuduhan itu kepada 9 lelaki terbabit.

Mereka didakwa menerima rasuah berjumlah RM136,010 daripada Ooi Cheng Keat, pengarah syarikat Sam Lian Transport and Tyre Sdn Bhd serta TSR Transport Sdn Bhd.

Ooi didakwa menghantar wang itu menerusi 164 transaksi kepada 8 penguat kuasa JPJ dan seorang pembantu ketua penguat kuasa SPAD antara 2015 hingga 2018.

Pendakwa raya menyatakan jumlah pemindahan bank yang tertuduh terima daripada Ooi dalam bayaran yang didakwa dimasukkan melalui beberapa akaun syarikat dan orang tengah.

Sembilan penguat kuasa itu didakwa meminta rasuah di bawah Seksyen 16 (a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan dakwaan pilihan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan di bawah Kanun Keseksaan, tertuduh boleh dipenjara maksimum 2 tahun dan denda, manakala kesalahan di bawah Akta SPRM membawa hukuman penjara 20 tahun dan denda 5 kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana lebih tinggi.

Rasuah itu diberikan syarikat pengangkutan lori bagi melindungi lori lebih muatan daripada dikenakan tindakan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau Akta SPAD 2010.

Hakim, Nizam Zakaria membenarkan semua tertuduh diikat jamin antara RM11,000 hingga RM20,000 dengan penjamin dan pasport mereka diserahkan kepada mahkamah.

Beliau menetapkan 2 Julai ini untuk sebutan semula kes.

Timbalan pendakwa raya ialah Selvaranjini Selvaraja.

Butiran pertuduhan ke atas 9 tertuduh:

1. Khairol Naim Mat Desa, 34, pemeriksa kereta motor JPJ Gred AB29, didakwa menerima RM24,100 menerusi 13 transaksi antara 2 Julai 2016 hingga 20 Ogos 2018 yang dimasukkan ke akaun CIMB miliknya.

Dia dibenarkan ikat jamin RM13,000 dan pasportnya perlu diserahkan kepada mahkamah.

2. Muhamad Syukri Ishak, 36, pemeriksa kereta motor JPJ Gred AB17, didakwa menerima RM24,000 menerusi 16 transaksi yang dimasukkan ke akaun Maybank Nurul Atikah Mohd Khashim dari 10 Mei 2016 hingga 12 Jun 2018.

Dia tidak diwakili peguam dan dibenarkan ikat jamin RM16,000 dengan seorang penjamin. Hakim mengarahkannya mendapatkan peguam daripada Biro Bantuan Guaman.

3. Noorzaimi Effendi Salleh, 36, pemeriksa kereta motor JPJ Gred AB22, didakwa menerima RM23,550 melalui 18 transaksi antara 5 Julai 2016 hingga 10 Mei 2018 yang dimasukkan ke dalam akaun Maybank Nor Fatehah Ahmat.

Noorzaimi dibenarkan ikat jamin RM18,000.

4. Katimi Azmi, 35, pembantu penguat kuasa JPJ Gred KP19, didakwa menerima RM16,600 menerusi 11 transaksi ke akaun Maybanknya dari 5 Ogos 2017 hingga 20 Jun 2018.

Dia dibenarkan ikat jamin RM11,000.

5. Mohd Noor Fadzny Noordin, 32, pembantu ketua penguat kuasa SPAD wilayah utara Gred L10, didakwa menerima RM14,250 dalam 30 transaksi ke akaun Maybanknya dari 15 Julai 2015 hingga 11 Julai 2018.

Dia dibenarkan ikat jamin RM20,000.

6. Muhammad Firdaus Jaafar, 46, pembantu penguat kuasa JPJ Gred N22, didakwa menerima RM10,950 menerusi 10 transaksi antara 13 Mac 2015 hingga 8 Jun 2018 yang dimasukkan ke akaun Maybank Norshalida Mustapa.

Dia dibenarkan ikat jamin RM20,000.

7. Muniandy Munusamy, 45, pembantu penguat kuasa JPJ Gred N22, didakwa menerima RM9,750 menerusi 15 transaksi antara 15 Februari 2016 hingga 1 Ogos 2017 yang dimasukkan ke akaun Maybanknya.

Dia dibenarkan ikat jamin RM15,000.

8. Pirdaus Abd Karim, 34, pembantu penguat kuasa JPJ Gred KP19, didakwa menerima RM8,600 menerusi 15 transaksi antara 6 Februari 2017 hingga 14 Ogos 2018 yang dimasukkan ke akaun Maybanknya.

Dia dibenarkan ikat jamin RM13,000.

9. Mohd Fairdaus Ishak, 32, pembantu penguat kuasa JPJ Gred N17, didakwa menerima RM4,210 menerusi 15 transaksi antara 16 Januari 2015 hingga 3 Februari 2018 yang dimasukkan ke akaun Maybanknya.

Dia dibenarkan ikat jamin RM15,000.


Dicatat oleh ELBI RISALAH di 5/28/2019 08:56:00 PTG
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catat Ulasan (Atom)

PILIHAN TRANSLATE / TERJEMAHAN BERITA KE BAHASA ANDA:

IKLAN :- HOMESTAY JKKK SUNGAI HAJI DORANI, SUNGAI BESAR, SELANGOR

TELEFON PEJABAT: 019-911 4470 ( whatsapp / SMS )

SUASANA SEMASA HOMESTAY JKKK

SUASANA SEMASA HOMESTAY JKKK
BULAN JANUARI 2022.... Kerja-kerja mengambil hasil sawah padi menggunakan jentuai sudah bermula di sekitar kampung Sungai Haji Dorani. Di jangka akhir bulan Januari 2022 semua sawah habis diambil hasilnya....Pelawat yang ingin berkunjung ke HOMESTAY JKKK , sila dapatkan maklumat awal ke talian 019-911 4470 (P)
SILA LAWATI HALAMAN FACEBOOK AR RISALAH
( SILA KLIK DI SINI ! )

PAUTAN BERITA DI SARANKAN:

  • UTUSAN ONLINE
  • SUARA MERDEKA
  • ISMA WEB
  • MALAYSIA GAZETTE
  • MALAYSIA DATELINE
  • ASTRO AWANI
  • FREE MALAYSIA TODAY
  • SABAH KINI
  • SUARA KEADILAN
  • SELANGOR KINI
  • HARIAN METRO
  • MALAYSIA TODAY
  • SABAH DAILY
  • BERNAMA
  • BULETIN ONLINE
  • SINAR HARIAN
  • BERITA HARIAN ONLINE
  • MSTAR ONLINE
  • HARAKAH DAILY
  • AGENDA DAILY
  • SUARA MERDEKA
  • MALAYSIA NOW

PEMBACA SEJAK 2007 HINGGA HARI INI:



Sedang Online
page counter

PENGGEMAR / PEMBACA TETAP:

PAPARAN TAJUK BERITA DISIAR :

  • ►  2022 (806)
    • ►  Februari (113)
    • ►  Januari (693)
  • ►  2021 (7523)
    • ►  Disember (628)
    • ►  November (724)
    • ►  Oktober (582)
    • ►  September (546)
    • ►  Ogos (653)
    • ►  Julai (613)
    • ►  Jun (677)
    • ►  Mei (525)
    • ►  April (683)
    • ►  Mac (697)
    • ►  Februari (554)
    • ►  Januari (641)
  • ►  2020 (5749)
    • ►  Disember (547)
    • ►  November (548)
    • ►  Oktober (465)
    • ►  September (460)
    • ►  Ogos (591)
    • ►  Julai (520)
    • ►  Jun (502)
    • ►  Mei (495)
    • ►  April (340)
    • ►  Mac (386)
    • ►  Februari (410)
    • ►  Januari (485)
  • ▼  2019 (4809)
    • ►  Disember (393)
    • ►  November (311)
    • ►  Oktober (283)
    • ►  September (325)
    • ►  Ogos (331)
    • ►  Julai (305)
    • ►  Jun (385)
    • ▼  Mei (553)
      • Apa nasib kampung Melayu dengan adanya jambatan an...
      • Semua peneroka Felda dapat ‘duit raya’ RM300, kata...
      • Malaysia akan beli pesawat tempur terpakai Kuwait
      • Sime Darby percaya EU tak dapat kuatkuasa larangan...
      • TNB jelaskan alami isu teknikal dari 15-20 Mei lepas
      • Meter digital lebih tepat rekod caj elektrik - PM
      • Mainpp bidas kutipan 'infaq wajib Ramadan' sebuah ...
      • 'Bukan kali pertama wakil rakyat bukan Islam serah...
      • Rombakan kabinet, siapa bakal digugurkan?
      • Malaysia mahu bukti kukuh Rusia tembak jatuh pesaw...
      • Keluarga Adib boleh lantik peguam pemerhati, kata ...
      • Pemandu perkhidmatan e-hailing cedera dipukul, dit...
      • Hapus rasuah dalam aktiviti pelambakan sisa plasti...
      • Malaysia alami masalah disebabkan perang dagangan ...
      • Lynas boleh terus beroperasi di Malaysia – Tun M
      • PLUS cadang bina kapsul tidur di R&R tahun depan
      • Sekatan perjalanan ditarik balik, Apandi Ali bebas...
      • Dr M mengesahkan semula janji untuk serah kepimpin...
      • 'Tanah air ini nyawanya' - Anak kongsi kenangan te...
      • Bulan Ramadan kerja puak parti AMANAH membuat fitn...
      • INKUES ADIB: UMNO, PAS DAKWA TOMMY CAMPUR TANGAN
      • Harus bukan Islam agih bantuan zakat - Mufti Pulau...
      • ‘Mat Hasan dalang mahu singkir Zahid, Najib’
      • Orang tak suka k'jaan kerana tak beri 'duit percum...
      • Jaguh media sosial kecut di Dewan Rakyat
      • ‘Chris Lee ikhlas agih zakat, dia tak curi duit ra...
      • Patriot nafi kaitan dengan 'The Patriots', gesa po...
      • Permintaan PKR Perak tukar Exco sudah dibincang
      • Lebihan bayaran dipulangkan jika terlebih caj – TNB
      • Ramai pilih matrikulasi, kemasukan ke maktab pergu...
      • ‘Ceroboh’ istilah tepat, MB jawab aktivis Orang Asli
      • Tambang bas naik 10% sempena Aidilfitri, kata pers...
      • Semua pemain import Kelantan angkat kaki
      • 'Ubah sistem pilihan raya beri manfaat pada semua ...
      • Barulah faham
      • Kereta nasional ke-3 akan dibiayai syarikat swasta...
      • Menteri saran Perkeso perluas skim kepada petani, ...
      • Bank Negara sangkal Malaysia manipulasi mata wang
      • Luahan rasa Akmal Nasir selepas kontroversi berbuk...
      • Nama di bangunan sekolah: Nga patut contohi Dr M, ...
      • Perginya seorang biduan, Dahlan Zainuddin
      • Hadi ingatkan ahli PAS tentang 'syaitan bisu'
      • Zahid bidas sikap pemimpin DAP campur urusan zakat
      • Azian lebih banyak cakap ‘tiada komen’
      • TNB nafi terima arahan naikkan bil elektrik
      • Wujud kecuaian teknikal TNB kenakan caj bil elektr...
      • Sedekah terakhir pemandu Grab
      • Mujahid nafi sebut 'tiada istilah kafir, semua aga...
      • Kesetiaan dan kesepaduan dalam jamaah muslim menim...
      • Orang Islam tahu rasuah juga dosa besar, kata Muft...
      • Dr M: PH perlu nyatakan pendirian isu kaum bagi ka...
      • 'Penarikan diri peguam tak jejas status Dr Shahrom...
      • Peguam kes Adib tak patut tarik diri, kata Dr M
      • Khoo Kay Kim yang tiada galang ganti
      • RM180,080 produk seludup, tidak berdaftar dirampas...
      • Datuk lindung kilang haram
      • Syazlin dalam konflik kepentingan: Tommy
      • TUN M – JANGAN SAKITKAN HATI PENEROKA FELDA, BAWA ...
      • Ketua kampung sorok mercun dalam kuarters kerajaan
      • Isu kenaikan bil elektrik ke kabinet
      • Batu Pahat catat kemalangan paling tinggi
      • 9 pegawai JPJ, SPAD berdepan 164 tuduhan rasuah da...
      • Peguam negara digesa gugur dakwaan ke atas 2 aktiv...
      • Tiada pihak bantah Syazlin wakili kementerian seja...
      • Syazlin perlu terus wakili keluarga Adib jika mahu...
      • Tubuh RCI, dedahkan operasi ‘Week of Long Knives, ...
      • ‘Aidilfitri sunyi tanpa Adib’
      • Iftar di Kuil Gurdwara: Pemimpin perlu sensitif is...
      • Lebih 17,000 bantah kenaikan kadar elektrik 2019 m...
      • Zahid bidas 'lakonan' agih zakat wakil rakyat DAP
      • MP Johor Bahru pertahan keputusan hadir majlis ift...
      • Najib dedah kenapa bil elektrik kini melambung
      • Peningkatan sampah ketara bulan Ramadan
      • Inkues Adib: Tommy Thomas perlu beri penjelasan
      • KIT SIANG TIDAK BERANI TERIMA KEBENARAN – NAJIB
      • Mahkamah tetapkan 28 Jun pengurusan kes SUV terhum...
      • Saya sedia jumpa Saiful, jumpa Ali lepas raya – KPN
      • Kematian Khoo Kay Kim kehilangan besar buat negara
      • 3 saksi penting SRC hadir proses pengecaman
      • Polis ada senarai tekong seludup pendatang asing –...
      • Nasrudin kata Husam 'perasan'
      • PM tulis surat mohon kuota haji tambahan
      • K'jaan belum putus kaedah kurangkan kadar tol - Dr M
      • PAS cadang perkenal subjek kenali Islam kepada pel...
      • Tubuhkan RCI siasat 'operasi Najib' pada Julai 201...
      • Menteri: AG wakil kementerian, bomba, peranan pegu...
      • Jasad tepi kolam air panas
      • Bil elektrik naik, hanya salah faham?
      • Mengenang SM Idris dan legasi ‘gaya hidup alternatif’
      • Saya tidak ada kena-mengena dengan Projek IC, kata...
      • Longgokan sampah dalam hutan: JAS Perak tolak dakw...
      • Bil Elektrik Naik Senyap-senyap!!
      • Perpaduan PAS-Umno Tambun makin mengukuh
      • Pemuda cuba selami kesusahan hidup para asnaf
      • ALASAN KIT SIANG LEMAH-ISHAM JALIL
      • Cabaran debat strategi terdesak Najib raih sokonga...
      • Piagam Pas dan UMNO untuk cari kuasa politik – Husam
      • Kes bunuh Siti Kharina: Dua suspek dibebaskan esok...
      • Kanak-kanak lelaki dua tahun meninggal dunia diper...
      • Wanita ditemui mati tergantung
    • ►  April (526)
    • ►  Mac (565)
    • ►  Februari (409)
    • ►  Januari (423)
  • ►  2018 (6148)
    • ►  Disember (454)
    • ►  November (269)
    • ►  Oktober (304)
    • ►  September (404)
    • ►  Ogos (545)
    • ►  Julai (533)
    • ►  Jun (673)
    • ►  Mei (613)
    • ►  April (624)
    • ►  Mac (534)
    • ►  Februari (577)
    • ►  Januari (618)
  • ►  2017 (5675)
    • ►  Disember (382)
    • ►  November (275)
    • ►  Oktober (475)
    • ►  September (588)
    • ►  Ogos (441)
    • ►  Julai (551)
    • ►  Jun (691)
    • ►  Mei (671)
    • ►  April (313)
    • ►  Mac (454)
    • ►  Februari (432)
    • ►  Januari (402)
  • ►  2016 (7452)
    • ►  Disember (359)
    • ►  November (406)
    • ►  Oktober (557)
    • ►  September (402)
    • ►  Ogos (548)
    • ►  Julai (594)
    • ►  Jun (785)
    • ►  Mei (676)
    • ►  April (733)
    • ►  Mac (849)
    • ►  Februari (705)
    • ►  Januari (838)
  • ►  2015 (8682)
    • ►  Disember (833)
    • ►  November (514)
    • ►  Oktober (847)
    • ►  September (836)
    • ►  Ogos (793)
    • ►  Julai (718)
    • ►  Jun (762)
    • ►  Mei (715)
    • ►  April (619)
    • ►  Mac (699)
    • ►  Februari (656)
    • ►  Januari (690)
  • ►  2014 (8145)
    • ►  Disember (740)
    • ►  November (633)
    • ►  Oktober (680)
    • ►  September (603)
    • ►  Ogos (783)
    • ►  Julai (649)
    • ►  Jun (624)
    • ►  Mei (786)
    • ►  April (640)
    • ►  Mac (647)
    • ►  Februari (621)
    • ►  Januari (739)
  • ►  2013 (9397)
    • ►  Disember (679)
    • ►  November (673)
    • ►  Oktober (670)
    • ►  September (714)
    • ►  Ogos (618)
    • ►  Julai (782)
    • ►  Jun (757)
    • ►  Mei (1028)
    • ►  April (921)
    • ►  Mac (942)
    • ►  Februari (795)
    • ►  Januari (818)
  • ►  2012 (8713)
    • ►  Disember (724)
    • ►  November (765)
    • ►  Oktober (680)
    • ►  September (719)
    • ►  Ogos (657)
    • ►  Julai (808)
    • ►  Jun (765)
    • ►  Mei (650)
    • ►  April (744)
    • ►  Mac (708)
    • ►  Februari (702)
    • ►  Januari (791)
  • ►  2011 (8530)
    • ►  Disember (670)
    • ►  November (713)
    • ►  Oktober (747)
    • ►  September (770)
    • ►  Ogos (901)
    • ►  Julai (749)
    • ►  Jun (636)
    • ►  Mei (654)
    • ►  April (721)
    • ►  Mac (668)
    • ►  Februari (601)
    • ►  Januari (700)
  • ►  2010 (7190)
    • ►  Disember (627)
    • ►  November (442)
    • ►  Oktober (703)
    • ►  September (587)
    • ►  Ogos (600)
    • ►  Julai (718)
    • ►  Jun (626)
    • ►  Mei (806)
    • ►  April (680)
    • ►  Mac (411)
    • ►  Februari (516)
    • ►  Januari (474)
  • ►  2009 (5414)
    • ►  Disember (421)
    • ►  November (486)
    • ►  Oktober (447)
    • ►  September (397)
    • ►  Ogos (496)
    • ►  Julai (515)
    • ►  Jun (500)
    • ►  Mei (442)
    • ►  April (414)
    • ►  Mac (470)
    • ►  Februari (489)
    • ►  Januari (337)
  • ►  2008 (4188)
    • ►  Disember (367)
    • ►  November (358)
    • ►  Oktober (305)
    • ►  September (366)
    • ►  Ogos (337)
    • ►  Julai (426)
    • ►  Jun (364)
    • ►  Mei (337)
    • ►  April (352)
    • ►  Mac (368)
    • ►  Februari (314)
    • ►  Januari (294)
  • ►  2007 (307)
    • ►  Disember (143)
    • ►  November (110)
    • ►  Oktober (30)
    • ►  September (24)

Halaman

  • Laman Utama
  • HALAMAN FB AR RISALAH
PENAFIAN

AR RISALAH tidak bertanggungjawab ke atas sebarang gangguan, kerosakan atau masalah yang mungkin timbul kepada para pengguna semasa melayari laman ini. AR RISALAH juga tidak terlibat risiko dari segi undang-undang ke atas penyiaran bahan maklumat, tetapi menjadi tanggungjawab oleh punca maklumat seperti tertera.
Get Free Shots from Snap.com
Tema Ringkas. Dikuasakan oleh Blogger.