HALAMAN SANTAI

Jumaat, 31 Mei 2019

Mainpp bidas kutipan 'infaq wajib Ramadan' sebuah parti politik


MALAYSIAKINI

   

Terdapat parti politik di Pulau Pinang mengutip 'infaq wajib Ramadan', yang mengelirukan orang ramai dengan zakat fitrah, kata Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (Mainpp).

Yang dipertua Mainpp Malik Abul Kassim berkata kekeliruan itu boleh berlaku memandangkan pembayaran zakat fitrah sedang rancak dibuat di bulan puasa ini.

“Sehubungan itu, Mainpp ingin meminta pihak berkenaan supaya berhenti memungut infaq wajib Ramadan tersebut," kata Malik Abul Kassim.

“Sekiranya terbukti bahawa terdapat cubaan daripada pihak berkenaan untuk memunggut zakat fitrah di kalangan masyarakat Islam di negeri pulau Pinang, maka sebagai badan menjaga kepentingan amil-amil fitrah lantikan Mainpp, pihak kami tidak adakan terahak-agak mengambil tindakan."

Malik berkata, berdasarkan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Pulau Pinang) 1996, pungutan zakat tanpa kuasa adalah kesalahan dan boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.

Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin tahun lalu pernah membangkitkan isu sama, yang menurutnya zakat fitrah yang diselindungkan melalui nama lain.


Tiada ulasan: