Datuk
Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata penetapan kuota haji dan pemberian
kuota tambahan berdasarkan rayuan adalah hak Arab Saudi. Foto Astro
AWANI / Shahir Omar
PARIT BUNTAR: Semua pihak
diminta tidak membuat sebarang kenyataan tidak berasas berkaitan kuota
haji negara ini hingga boleh menjejas hubungan baik antara Malaysia
dengan kerajaan Arab Saudi.
Menegaskan demikian, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata penetapan kuota haji dan pemberian kuota tambahan berdasarkan rayuan adalah hak Arab Saudi.
"Janganlah kita mengheret isu kuota tambahan 10,000 jemaah haji dengan mendakwa kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak baik terhadap Islam sedangkan ia satu rumusan yang berbahaya. Jangan ghairah tunjuk kononnya bela Islam.

"Dalam rekod beberapa tahun lalu Arab Saudi tidak pun bagi kuota itu
kepada kita. Mungkin dia (Arab Saudi) akan bagi dalam last minit dan
saya anggap dia (Asyraf Wajdi) tidak ada modal politik dan gambarkan
bahawa puncanya daripada kerajaan," katanya kepada pemberita selepas
menutup Program Jurutera Masuk Desa (Jumdesa) 6.0 di Kampung Sungai
Megat Aris, Bagan Tiang pada Ahad.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki semalam yang mendakwa umat Islam kehilangan kuota tambahan sebanyak 10,000 untuk menunaikan haji setiap tahun berikutan hubungan dingin antara kerajaan PH dengan Arab Saudi.
Kenyataan Asyraf dalam satu majlis di Mergong, Kedah pada Jumaat lalu disiarkan Utusan Malaysia.
Menjelas lanjut, Mujahid yang juga Anggota Parlimen Parit Buntar meminta Asyraf dan Utusan Malaysia agar memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana mengeluarkan kenyataan yang buruk mengenai jemaah haji dan kerajaan Arab Saudi.
"Saya telah pergi ke Arab Saudi dan tak timbul masalah hubungan kita Malaysia dengan Arab Saudi," katanya.
Ditanya mengenai apa yang dipanggil Perhimpunan Perpaduan Ummah di Kuala Lumpur pada Sabtu, Mujahid berkata penganjurannya dilihat bertujuan menimbulkan sentimen politik supaya umat Islam memandang buruk terhdap kerajaan PH.
"Apa yang dimaksudkan mereka dengan Islam tertindas? Islam tolak sebarang fahaman politik yang berbentuk fitnah kerana fitnah itu berbahaya daripada membunuh," katanya. -- BERNAMA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan