HALAMAN SANTAI

Ahad, 19 Julai 2020

Jangan tunduk tuntutan Hua Zhong – ISMA

Manzaidi Mohd Amin
MGF05062020_SIDANG-MEDIA-PEMBELA_08-681x454
Aminuddin Yahaya

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri tidak seharusnya mendengar tuntutan organisasi Cina seperti Hua Zhong berkaitan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) kerana akan memecahbelahkan rakyat terutama melalui pendidikan.

Sebaliknya, Tan Sri Muhyiddin Yassin patut mengeluarkan kenyataan menolak terus desakan organisasi itu kerana perjumpaan berkenaan secara tidak langsung akan membuka ruang untuk kerajaan berkompromi mengiktiraf UEC.

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Aminuddin Yahaya berkata, UEC secara jelas bertentangan dengan perlembagaan dan Akta Pendidikan Kebangsaan.

“Apa cara sekalipun UEC diubah untuk diselaraskan dengan dasar kerajaan, ianya tidak mengubah roh asal sistem ini yang menolak sistem pendidikan kebangsaan satu ketika dahulu.

“Lagipun, kita tidak perlu satu lagi sistem pendidikan kerana ia akan hanya membuka jurang lebih besar antara masyarakat,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Semalam, Hua Zhong telah mengadakan pertemuan dengan Muhyiddin di bangunan Parlimen bagi mendesak kembali kerajaan untuk segera mengiktiraf sijil berkenaan.

Hua Zhong dilaporkan telah menyerahkan 15 tuntutan berkenaan ekonomi, politik dan pendidikan kepada Perdana Menteri, pada masa sama menggesa kerajaan mengiktiraf sijil peperiksaan bersama (UEC) Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC).

Jelas Aminuddin, secara fundamentalnya, Malaysia tidak perlukan pendidikan vernakular, apatah lagi sistem peperiksaan swasta yang diiktiraf oleh kerajaan seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Malah, tegas beliau, banyak kajian menunjukkan pendidikan vernacular tidak baik untuk Malaysia dan perpaduan kaum.

Katanya, rujuklah pakar seperti Prof, Datuk Dr. Teo Kok Seong, bukan Hua Zhong, Dong Zong, DAP mahupun MCA.

“Saya merayu Perdana Menteri menolak segala desakan mengenai UEC, sekaligus tutup perbincangan dan fokus membangunkan sistem pendidikan kebangsaan,” katanya. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: