HALAMAN SANTAI

Jumaat, 3 Julai 2020

Kena selesai soal siapa jadi PM dulu? Kenapa semua jadi songsang? – Shahrir

Wartawan MalaysiaGazette
Tan Sri Shahrir Abdul Samad.
Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

KUALA LUMPUR – Ketua UMNO Johor Bahru, Tan Sri Sharir Abdul Samad mempertikaikan keputusan Muafakat Nasional (MN) untuk menamakan Tan Sri Muhyiddin Yasssin sebagai calon perdana menteri selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU-15).

Katanya, UMNO dan Pas yang menganggotai MN sepatutnya menyelesaikan dulu soal bgaimana Barisan Nasional, MN dan PN akan masuk bertanding semasa pilihan raya akan datang.

“Kena selesaikan soal siapa jadi Perdana Menteri dulu ke?

“Kenapa semuanya jadi songsang?

“Masing2 ke. Se pakatan ke. Lambang masing2 ke. Satu lambang ke,” katanya dalam hantaran di laman Facebook.

Hantaran Shahrir di laman sosial itu menyusul selepas Setiausaha Agung Jawatankuasa MN, Tan Sri Annuar Musa semalam mengesahkan kedua-dua parti bersetuju untuk kekal dalam kerjasama Perikatan Nasional serta menamakan Muhyiddin sebagai perdana menteri seterusnya.

Artikel berkaitan: MN sokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri selepas PRU15

Shahrir juga melihat perkembangan terbaharu itu sebagai siapa yang mengisi jawatan utama kerajaan sudah menjadi tawaran pertama BN, Pas, Bersatu dan G10 (kumpulan Datuk Seri Azmin Ali).

“Ni pun macam nak jawab tawaran Tun Dr Mahathir supaya Shafie Afdal jadi PM PH (tolak PKR),” katanya yang menyifatkan apa yang yang berlaku sebagai politik baharu bukan Malaysia baharu.

“Sudah selesai jawatan PM, selepas tu kena tunggu keputusan lain,” katanya.

Beliau juga tertanya-tanya apa pula syarat yang akan diletakkan oleh Muhyiddin kelak selepas diisytihar sebagai calon perdana menteri PRU-15.

Rabu malam para pemimpin Barisan Nasional, Pas serta parti dari Sarawak dan Sabah mengadakan pertemuan dengan Muhyiddin dan menyatakan sokongan kepada gabungan PN yang diketuai Muhyiddin “demi kestabilan politik, kesejahteraan rakyat serta kemakmuran negara”.

Artikel berkaitan: Ketua parti PN tekad kukuh persefahaman, kerjasama

— MalaysiaGazette


Tiada ulasan: