HALAMAN SANTAI

Jumaat, 3 Julai 2020

MN sokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri selepas PRU15

Manzaidi Mohd Amin
MGF02072020_ANNUAR-MUSA-SERAH-LESEN-PENJAJA11-681x454
Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Seri Annuar Musa dalam sidang media selepas menyerahkan lesen terhad kepada penjaja gerai-gerai kecil di tepi bahu jalan yang terletak di Setapak Indah, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI,

KUALA LUMPUR – Tan Sri Annuar Musa mengesahkan mesyuarat bersama Jawatankuasa Pemandu Muafakat Nasional (MN) dua minggu lalu bersetuju menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri bagi kerajaan Perikatan Nasional (PN) sekiranya menang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu berkata, kedua-dua parti, iaitu UMNO dan Pas bersetuju dengan pencalonan itu dan akan dibawa ke saluran parti masing-masing untuk perbincangan.

“Dua minggu lalu kita (MN) ada bincangkan perkara ini di peringkat dua parti, UMNO dan Pas. Kami capai kata sepakat bersetuju untuk memberi sokongan kepada Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dan anggota kepada PN.

“Apa yang disebut oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai perkara ini adalah yang dibincang bersama dan keputusan dibuat mengikut pendirian bersama,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan lesen sementara kepada 97 penjaja di Taman Setapak Indah, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Abdul Hadi bahawa Pas menzahirkan dukungan terhadap kepimpinan Muhyiddin dan permuafakatan politik PN demi mensejahterakan negara dan rakyat.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, mereka bermuafakat untuk memperkukuhkan persefahaman serta kerjasama demi kestabilan politik, kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: