HALAMAN SANTAI

Sabtu, 22 Ogos 2020

Surat sokongan rosakkan integriti negara – Pemuda Amanah

Manzaidi Mohd Amin
Shazni Munir Mohd Ithnin
Shazni Munir Mohd Ithin

KUALA LUMPUR – Isu surat sokongan dari Timbalan Menteri Pertahanan kepada menterinya yang tular di media sosial sejak semalam, menyerlahkan lagi kerakusan nepotisme ‘kerajaan Abah’, kata Ketua Pemuda Amanah Negara (Amanah), Shazni Munir Mohd Ithnin.

Beliau berkata, Pemuda Amanah memandang serius dan mengutuk cadangan pelantikan ahli keluarga melalui jalan tidak bermoral seperti itu.

Katanya, perbuatan itu tidak hanya menjadi pertikaian dari segi ketelusan dan tatakelola yang baik, bahkan dikhuatiri menyumbang kepada penyalahgunaan kuasa yang serius terhadap institusi kerajaan berasaskan perniagaan.

“Lebih memualkan, wujudnya minit pada surat berkenaan yang dipercayai dari Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Shazni Munir, tulisan tangan “Pengerusi LTAT, saya setuju”, sangat jelas merupakan satu arahan.

Ujar beliau, di manakah perasaan malu pemimpin kerajaan Perikatan Nasional (PN)?

Katanya, kalau pun tidak segan kepada rakyat, simpanlah sedikit rasa malu itu kepada penjawat awam yang lapan jam sehari bekerja.

Beliau berkata, beberapa minggu lalu, rakyat didedahkan dengan sikap Timbalan Menteri Belia dan Sukan yang menawarkan surat sokongan sebagai timbal balas atas undian kepadanya yang bertanding jawatan Ketua Armada Nasional Bersatu.

“Ini seakan simptom kepada barah yang sudah meluas dalam ‘body politic’ kerajaan,” katanya. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: