on

PETALING JAYA: Adun Maharani dari Amanah Nor Hayati Bachok disahkan positif Covid-19 dan ketika ini sedang menerima rawatan.
Menurut
pusat khidmat wakil rakyat DUN itu, semua kontak rapat kepada Nor
Hayati sudah dikenal pasti Pejabat Kesihatan Daerah Muar dan menjalani
ujian saringan Covid-19 serta menanti keputusan dalam masa terdekat.
“Pihak
kami memohon maaf kepada semua yang terkesan walaupun segala langkah
kuarantin di rumah dan pencegahan telah dipatuhi sepanjang tempoh ini,”
katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut kenyataan itu, selepas pulang dari
Sabah pada 26 September, Nor Hayati sudah menjalani ujian saringan
pertama dan didapati negatif.
“Walaupun tidak
ada arahan untuk kuarantin, wakil rakyat itu sudah mengambil inisiatif
kuarantin kendiri di rumah dan mengasingkan diri. Beliau sudah menjalani
ujian saringan ke-2 pada 4 Oktober dan menyambung pengasingan kendiri
sehingga dimaklumkan keputusannya pada 5 Oktober.
“Sejak
hari pertama kembali hingga 5 Oktober, Nor Hayati mengamalkan kuarantin
kendiri di rumah atas inisiatif sendiri. Beliau tidak hadir ke
mana-mana program di luar dan tidak bertemu rakyat, malah sentiasa
mematuhi segala arahan KKM dan pihak kami sentiasa bekerjasama rapat
dengan pihak berkuasa dalam mencegah penularan,” katanya.
Pada masa sama, pusat khidmat itu turut
meminta masyarakat menghentikan sebarang spekulasi dan memberi ruang
kepada Nor Hayati dan keluarga melalui ujian itu dengan tenang selain
mengingatkan warga Maharani tidak panik dengan mesej yang tular.
“Pihak
kami sudah mengenalpasti individu yang mula menyebarkan mesej tersebut
dan membuat laporan polis serta bakal kami susuli dengan tindakan
undang-undang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan