on

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Damansara, Shatiri Mansor bersama isteri dan 2 anaknya positif Covid-19.
Shatiri berkata demikian menerusi rakaman video dimuat naik di Facebooknya.
Katanya,
beliau dan 7 lagi individu dari pusat khidmat Dewan Undangan Negeri
(DUN) Kota Damansara pulang dari Sabah dan menjalani ujian saringan di
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 27 Oktober
lalu.
“Kami diarah kuarantin di rumah sehingga 11
Oktober. Pada 30 Oktober isteri saya menerima panggilan daripada pejabat
kesihatan telah disahkan Covid-19 dan dibawa ke Hospital Sungai Buloh.
“Oleh kerana kontak rapat, saya telah dipanggil ke pusat daerah pada 2 Oktober dan membuat saringan semula.
“Hari ini, saya menerima panggilan doktor kesihatan Petaling bahawa saya positif Covid 19 dan 2 anak saya positif,” katanya.
Shatiri berkata, beliau dan 2 anaknya dibawa ke Hospital Sungai Buloh bagi mendapatkan rawatan.
Bagaimanapun, 3 lagi daripada kumpulannya disahkan negatif dan kini menjalani kuarantin di rumah hingga 16 Oktober ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan