Firdaus Azil

Pengisytiharan darurat hanya dilakukan bila mana terdapat unsur ancaman pada keselamatan negara, tegas Anwar Ibrahim.
KUALA LUMPUR:
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan kebimbangan
dengan laporan kerajaan berusaha untuk mengambil langkah menyekat proses
Parlimen.
Dalam satu kenyataan hari ini,
Ahli Parlimen Port Dickson itu mendakwa, kerajaan Perikatan Nasional
(PN) yang sedang bergelut dengan isu keabsahan dan gagal menunjukkan
majoriti di Parlimen sedang menggunakan krisis COVID-19 sebagai alasan
penyalahgunaan kuasa.
“Pengisytiharan
darurat hanya dilakukan apabila terdapat unsur ancaman pada keselamatan
negara.
Tetapi apabila kerajaan itu sendiri yang menjadi punca pada
ancaman keselamatan, maka langkah darurat ternyata suatu langkah
kebelakang yang akan memungkin kediktatoran.
“Saya
menggesa Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menimbang semula keputusan ini
kerana ia ternyata suatu keputusan yang pendek akal dan penting diri,”
dakwanya lagi.
Anwar
berpendapat, ketika negara-negara Asia lain sedang menumpukan usaha
menangani pandemik COVID-19 dan membenarkan aktiviti ekonomi bergerak,
Malaysia pula bergerak ke belakang.
“Kita
masih belum mengetahui apa strategi kerajaan dalam mengemudi krisis
ini, tetapi apa yang terpamer adalah pemerintah berasakan strategi ampuh
untuk melawan dampak (kesan) wabak adalah dengan melemahkan demokrasi.
“Apa
yang kita perlukan dalam mendepani wabak COVID-19 adalah ketelusan,
kebertanggungjawaban dan dasar yang jelas oleh pelbagai kementerian,”
tegasnya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan