Cinca
on

PETALING
JAYA: Pemimpin Umno Nazri Aziz yang menyeru parti itu menamatkan
hubungannya dengan PPBM, membidas Annuar Musa yang dilihat menyokong
Perikatan Nasional (PN), pimpinan PPBM.
Annuar
membantah kenyataan timbalan presiden Mohamad Hasan, Umno mesti mengkaji
semula kerjasama dengan PN, yang mengetuai kerajaan negeri pimpinan GRS
di Sabah.
“Saya tidak faham mengapa Annuar
begitu menyokong Perikatan Nasional, jika dia menyokong mereka sangat,
dia boleh pergi dan masuk PPBM,” kata Nazri yang juga bekas ahli Majlis
Kerja Tertinggi Umno.
Mohamad
berkata, parti itu dipinggirkan di Sabah selepas menjadi parti dominan
di negeri itu, dan Umno mesti memikirkan semula strategi politiknya.
Tetapi dalam ciapannya di Twitter semalam, Annuar berkata Umno mempunyai
peranan besar di Sabah dan hampir semua Adunnya menjadi menteri atau
timbalan menteri.
Namun, Nazri mempertikaikan kenyataan Annuar.
“Annuar
tidak mewakili Umno dan ahli Parlimennya. Siapa Annuar Musa berbanding
Tok Mat (Mohamad Hasan)? Tok Mat mengalahkan Annuar dalam merebut
jawatan timbalan presiden, beliau menang, Annuar kalah,” kata Nazri.
Annuar, ahli majlis kerja tertinggi, adalah setiausaha agung Barisan Nasional dan bekas ketua penerangan Umno.
Nazri
mengulangi ahli akar umbi Umno masih terasa dengan PPBM, senada
pendapat dengan Mohamad pada Ogos, ketika beliau beritahu FMT maklum
balas daripada akar umbi menunjukkan mereka tidak selesa dengan hasrat
PPBM sertai Muafakat Nasional, gabungan Umno dan PAS.
PN
terdiri daripada PPBM, PAS dan parti kecil, membentuk kerajaan
persekutuan, yang disokong oleh Barisan Nasional dan gabungan GPS yang
berkuasa di Sarawak. PN, BN dan PBS membentuk Gabungan Rakyat Sabah,
yang menang pada pilihan raya negeri minggu lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan