HALAMAN SANTAI

Khamis, 22 Oktober 2020

Kes tak kuarantin selesai, Nik Abduh suruh pembangkang cari isu lain

Wartawan MalaysiaGazette
Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
Nik Abduh Nik Aziz. foto FAREEZ FADZIL,

KUALA LUMPUR – “Maka adalah amat elok untuk kita bersama-sama menerima keputusan Peguam Negara hari ini dengan penuh lapang dada.”

Itu permintaan Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Aziz ekoran keputusan terhadap Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali
hari ini yang ‘dibebaskan’ daripada dakwaan tidak dikuarantin ekoran peraturan melibatkan Covid-19.

Malah ia membuktikan kebenaran terhadap sebarang kesalahan seperti dakwaan musuh politik Mohd Khairuddin sebelum ini.

“Terima kasih juga harus saya ucapkan kepada pihak pembangkang yang telah membuat aduan demi aduan kepada pihak polis agar Mohd Khairuddin disiasat demi ketelusan dan integriti.

“Walaupun keputusan hari ini amat tidak memihak serta menggagalkan pihak pembangkang untuk terus memanaskan isu ini tetapi nyata kebenaran telah diangkat dan diletakkan pada tempatnya yang mulia,” katanya dalam kenyataan di media sosialnya malam ini.

Justeru Nik Abduh secara sinis berharap pembangkang kini boleh bergerak kepada isu-isu lain yang lebih bertenaga untuk menarik undi rakyat kepada mereka.

“Banyak lagi isu boleh dimainkan. Lagi pun politik negara kan tak berapa stabil sekarang? PH pun sudah memang terkenal mampu menjadikan seekor nyamuk sebagai seekor gajah. So go on..,” katanya.

Apa pun, pemimpin Pas itu mengajak pembangkang bersatu dalam menangani pandemik Covid-19 dengan mematuhi peraturan ditetapkan.- MalaysiaGazette

Tiada ulasan: