1.
Kepada semua Ahli Parlimen UMNO, PPBM dan PAS, jika ada di antara anda
yang ingin menyokong Anwar, luangkanlah sedikit masa membaca tulisan
saya ini.
Saya mohon juga kepada yang membaca ini dan mengenali mana-mana MP 'forward'lah kepada mereka.
2.
Kebelakangan ini hangat diperkatakan terdapat beberapa ahli parlimen
yang akan berubah arah dan menyokong Anwar untuk menjadi Perdana
Menteri.
Alasannya mudah, kalau boleh menyokong Azmin, apa salahnya menyokong Anwar. Dua-dua pun sama.
Jika ini perkiraan anda sebagai Ahli Parlimen, maka pegangan anda dalam perjuangan amatlah daif dan dangkal.
3. Saya tidak menentang Anwar hanya kerana kes
liwat nya pada tahun 2008 dan fitnah beliau terhadap DS Najib. Tapi
saya menentang Anwar kerana pelbagai lagi masalah khususnya pegangan
Anwar dalam politik.
"Apa juga agamanya, sama
ada Islam, Kristian, Sikh, Hindu serta yang lain, saya percaya bahawa
kebenaran- kebenaran yang paling tinggi (higher truths) akan mengatasi
amalan- amalan semata-mata (mere practice) dan semua ibadatnya berpusat
kepada kebenaran yang satu itu (singular truth): bahawa dari Allah kita
datang dan kepada Allah kita kembali...."
Di
atas ini bukanlah kata-kata TS Muhyiddin atau Azmin, tetapi petikan
ucapan Anwar di London School of Econimics pada tahun 2010.
4.
Lupakah anda pada klip audio perjumpaan sahabat- sahabat Anwar yang
merupakan veteran ABIM dan cendekiawan Islam bersama Anwar?
5. Mereka bangun membelasah Anwar kerana ucapannya yang keras berunsur Pluralisma Agama ini.
Dan
anda rasa kenapa ramai sahabat-sahabat Anwar yang mempunyai
latarbelakang agama meninggalkan Anwar seperti Al Fadzil Ustaz Ismail
Mina, Prof Sidik Baba, Dr Yusri dan lain-lain? Tidak keterlaluan jika
saya katakan Almarhum Dato' Dr Haron Din pun pada akhir usianya
menjauhkan diri sejauh-jauhnya dari Anwar. Anda pula nak angkat Anwar
jadi PM? Sudah hilang pertimbangan agama ke?
6.
Lupakah anda pada laman web AIDC satu ketika dahulu? Berapa banyak
dokumen-dokumen hubungan Anwar dan kuasa asing di dedahkan? Saya boleh
sahkan bahawa dokumen tersebut adalah asli dan ada yang diperolehi dari
saya sendiri.
Surat-surat memohon bantuan dan dana daripada Soros, daripada Carl Greshman?
Anda
lupa siapa Carl Greshman dan hubungan baik dia dan Anwar melalui
National Endownment of Democracy (NED), agensi kerajaan Amerika yang
menjadi front CIA dalam gerak kerja politik?
Ingat
lagi pada kawan baik Anwar? Paul Wolfowitz? Arkitek utama perang Iraq
yang membunuh ratusan ribu nyawa? Dan juga Presiden ke 10 Bank Dunia.
7. Saya juga telah berulang- ulang kali cakap Anwar adalah pentadbir yang sangat-sangat teruk.
Pengalaman
bekerja dengan Anwar menyaksikan bahawa dia memang tidak mampu mengurus
apa sahaja baik diri sendiri, masa, parti, pejabat dan orang-orangnya.
Tidakkah kamu semua fikir mengapa bila Anwar dalam penjara partinya
lebih tenang, tidak berperang sama sendiri dan mampu fokus sampai menang
PRU?
Kegagalan Anwar mentadbir dengan baik
serta kelemahan Anwar akan membuka peluang 'rakan-rakan' asing Anwar
bertakhta di negara ini.
8. Apalagi dalam keadaan ekonomi yang mendesak ketika ini. Ya, kedaulatan negara yang sudah lama kita pertahankan akan digadai.
Ya,
anda juga jangan lupa betapa kuatnya Anwar membodek bangsa DAP sehingga
isterinya mahu 'membakul sampahkan' ketuanan Melayu. Jangan LUPA!
9.
Apa yang saya sebutkan ini hanyalah sedikit dari banyak lagi kisah dan
fakta mengenai Anwar. Saya percaya sebagai Ahli Parlimen anda semua
boleh berfikir dan boleh melakukan kajian tersendiri. Saya juga terbuka
jika ada yang mahu berjumpa dan bertanya.
10. Memilih Anwar sebagai Perdana Menteri bukanlah 'choosing between two evils', tetapi seperti memilih Dajjal.
Saya
tidak gentar dan saya tidak takut. Andai ditakdirkan Anwar jadi PM
kerana tangan-tangan kamu, maka saya akan tetap lawan. Dan saya juga
berdoa semoga Allah membalas anda dengan apa juga balasan yang setimpal
di dunia dan di akhirat kerana meletakkan negara berdaulat ini dibawah
manusia seperti Anwar.
11. Jangan hanya kerana
berkecil hati dengan percaturan politik seorang dua, maka sanggup nak
gadai prinsip perjuangan dan masa depan negara. Carilah titik persamaan
agar pemimpin Melayu semua ini boleh berbincang dan bersatu.
12.
Insya-Allah saya akan bertandang ke Parlimen pada sesi akan datang,
jika ada yang menyokong Anwar, maka saya ingin bertentang mata dan mahu
lihat muka-muka mereka yang menjadi pengkhianat agama, bangsa dan
negara.
Tun Hanif Omar - Mantan Ketua Polis Negara
Majlis Dakwah Negara - Hak Asasi Kemanudiaan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan